Honda Jazz bakal terima varian berkuasa elektrik

oleh Mohamad Hanif|
Perkembangan dunia kereta elektrik nampaknya memaksa syarikat pengeluar seperti Honda turut menceburkan diri di dalam bidang yang sama.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Terbaharu, laporan daripada The Nikkei menyebut Honda bakal bekerjasama dengan Contemporary Amperex Technology (CATL) untuk membangunkan pek bateri serta teknologi yang berkaitan untuk dimuatkan ke dalam platform Jazz/Fit. 

Honda Jazz/Fit EV ini bakal menjengah pasaran sekitar tahun 2020 dengan menjadikan pasaran China sebagai perintis jualan kepada kenderaan tersebut. 

Tiada spesifikasi lanjut yang didedahkan menerusi laporan tersebut selain daripada jarak pengoperasian sekitar 300 km dengan sekali cas penuh, dengan sasaran harga mencecah 2 juta yen (RM73,000++). 
 


Selain daripada Honda Jazz/Fit Ev, Honda juga turut memproduksikan Clarity EV, sedan berkuasa elektrik pada skala yang kecil dan juga sebuah crossover produksi massa (Honda Everus EV) yang bakal dijual sekitar tahun 2025.

Sumber: The Nikkei melalui MotorTrend

Tags

Berita Berkenaan

Berita Global
Honda Jazz Crosstar 2023   Bahagian dalam lampu puncak kini lebih gelap dan Honda turut…
Berita Domestik
Perintah reman itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Syarina Shaarani @ Tan terhadap lelaki…
Berita Global
Selain daripada varian seperti Basic, Home, Luxe, dan juga Crosstar, Honda Fit kini boleh didapati…