Honda Jazz 2020 - versi premium bakal terima enjin turbo 1.0 liter, 129 PS!

oleh Mohamad Hanif|
Sebuah laman web berbahasa Jepun, Bestcarweb.jp telah menerbitkan gambaran generasi baharu hatchback segmen B Honda, iaitu Honda Fit (Honda Jazz untuk sesetengah pasaran) yang bakal dipertontonkan secara rasmi menjelang tahun hadapan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Mereka turut melaporkan Jazz generasi keempat ini bakal menggunapakai enjin 1.0 liter berkuasa turbo di samping enjin 1.5 liter dan juga 1.3 liter aspirasi natural. 

Di Jepun, enjin 1.0 liter turbo ini merupakan suatu yang baharu, tapi tidak untuk pasaran Eropah di mana ia pernah ditawarkan untuk model Honda Civic. 

Enjin tiga silinder dengan output 129 PS/173 Nm ini dengar khabar bakal dipasang pada model sporty "RS" dengan catatan masa pecutan 0-100 km/j mungkin kurang daripada catatan masa Civic transmisi manual (10.9 saat). 
 


Selain daripada itu, varian hibrid juga bakal diwariskan secara terus, namun ia menampilkan enjin 1.5 liter dengan penggunaan motor elektrik berkembar i-MMD, dan sasaran penggunaan bahan api sekitar 40 km/ liter (2.5 liter/100 km)!

Ini merupakan satu angka yang agak menarik, memandangkan jika dilihat kepada pesaing-pesaing terdekat, Toyota Aqua mencatatkan penggunaan bahan api sekitar 38.0 km/liter (2.6 liter/100 km) dan diikuti oleh Nissan Note e-Power 37.2 km/liter (2.7 liter/100 km). 

Dua keping gambar di atas merupakan gambaran artis berdasarkan gambar spyshot yang diperoleh, namun berdasarkan reputasi mereka, kebiasaannya hasil akhir tidak akan lari daripada apa yang mereka gambarkan. 

Sama-sama kita nantikan hasil akhir Honda Jazz ini apabila ia dilancarkan kelak. 
 

Baca: Adakah Ini Honda Jazz Generasi Baharu?

 

Sumber: Bestcarweb.jp

Tags

Berita Berkenaan

Berita Global
Honda Jazz Crosstar 2023   Bahagian dalam lampu puncak kini lebih gelap dan Honda turut…
Berita Domestik
Perintah reman itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Syarina Shaarani @ Tan terhadap lelaki…
Berita Global
Selain daripada varian seperti Basic, Home, Luxe, dan juga Crosstar, Honda Fit kini boleh didapati…