Honda Jazz 2020 - membawakan imej ala-ala SUV mini

oleh Mohamad Hanif|
Honda Jazz generasi baharu bakal diperkenalkan secara rasmi pada tahun ini di acara Tokyo Motor Show, dan ia merupakan antara model hatchback yang ditunggu-tunggu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Manakan tidaknya, terdapat desas-desus yang menyatakan bahawa Jazz bakal menerima varian berprestasi tinggi iaitu Jazz Type R seperti mana yang kami pernah siarkan laporan daripada media negara jiran. 

Bagi mereka yang mahukan gambaran Jazz yang lebih jelas, kami bawakan sebuah previu eksklusif yang diperoleh daripada AutoExpress UK

Walaupun ia sekadar imej gambaran artis yang dibayangkan berdasarkan gambar spyshot Honda Jazz, ia sudah cukup untuk memberikan bayangan bahawa Honda Jazz generasi baharu kini sudah lari dari imej mini MPV-nya. 

Sebaliknya, ia lebih selamat untuk dikatakan sebagai sebuah mini SUV yang lebih ranggi, lebih agresif dan sekali imbas ia adalah sebuah CR-V berskala yang lebih kecil.
 


Untuk pertama kalinya, rel bumbung dan cladding hitam pada arca roda akan ditampilkan pada Honda Jazz, manakala rekaan lampu belakang menegak kini 'dibaringkan' mengikut gaya abangnya Honda CR-V. 

Hampir pasti Honda Jazz tidak akan membawakan perubahan dimensi yang sangat ketara, namun disebalik hatchback bersaiz sekitar empat meter panjang itu, ia membawakan penggunaan pelantar serba baharu. 

Pelantar ini memberikan kelebihan kepada Jazz dari aspek praktikaliti (masih ingat Magic Seat Honda?) dan mampu memberikan Jazz teknologi hibrid yang lebih maju, iaitu Intelligent Multi-Mode Drive (i-MMD) yang sama digunakan pada CR-V. 

Walau apapun, nantikan sahaja berita berkenaan Honda Jazz generasi baharu yang akan kami bawakan dari Tokyo Motor Show untuk tahun ini. 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Sebelum ini kami pernah mendengar khabar angin dari negara jiran yang mendakwa Honda Jazz 2020…