Honda Jazz 2017 terima tempahan di luar jangkaan

oleh DIANA ISMADI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Seperti yang dijangka, Honda Jazz 2017 kini telah menerima tempahan di luar jangkaan Honda Malaysia.

Sejak dilancarkan pada 6 Jun lalu, Honda Jazz versi petrol telah menerima tempahan sebanyak 1,300 unit, melebihi sasaran awal Honda iaitu untuk menjual 1,200 unit dalam tempoh sebulan.

Tempahan tertinggi diterima bagi varian E iaitu 40% daripada jumlah keseluruhan, 32% bagi varian V dan 28% varian S.

Kawasan Lembah Klang menerima tempahan tertinggi iaitu 42% daripada jumlah keseluruhan, 21% di bahagian Selatan, 18% di Utara, 13% di Pantai Timur dan 6% di Timur Malaysia.

Honda Jazz 2017 ini ditawarkan pada harga RM74, 800 bagi varian asas (harga atas jalan tanpa insuran), RM81,000 bagi varian 1.5E, dan varian tertinggi 1.5V pula ditawarkan pada harga RM88,400.

Jazz facelift petrol ini dikuasakan oleh enjin 1.5L SOHC i-VTEC yang mampu menjana kuasa sehingga 120PS pada 6,600rpm dan tork puncak 145Nm pada 4,600rpm dengan transmisi CVT Earth Dreams.

Berita Berkenaan

Berita Global
Kemenangan pada tahun ini merupakan tahun kelima berturut-turut produk Honda memenangi anugerah Red…
Berita Global
  Ye Series juga menjadi jawapan kepada yang bertanya di mana EV Honda. Masih awal, belum…
Berita Global
  Nampaknya trend penurunan harga kenderaan elektrik (EV) bukan lagi terpencil. Semasa…