Honda Integra Type R 1997 (DB8) - Integra empat pintu, bidaan dari RM22k di Bring A Trailer

oleh Mohamad Hanif|
Jika anda merasakan sukar untuk mencari sebuah model Type R Integra DC2 dua pintu, model yang kami paparkan kali ini sebenarnya jauh lebih terhad.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ini bukannya sebuah Integra empat pintu biasa-biasa, tapi ia adalah sebuah Honda Integra Type R 1997 dengan kod DB8 yang dihasilkan oleh Honda eksklusif untuk pasaran Jepun.
 

DB8


Difahamkan, hanya 5,135 unit sahaja yang dihasilkan dan salah sebuah daripadanya kini sedia untuk dibida menerusi laman web Bring A Trailer.

Disebabkan ia diimport sepenuhnya dari Jepun, ia menawarkan konfigurasi pemanduan di sebelah kanan, lengkap dengan enjin B18C 1.8 liter (197 hp @ 8,000 rpm, 178 Nm @ 7,200 rpm) dipadankan dengan transmisi manual lima kelajuan dan LSD secara standard.
 

DB8


Tanpa sebarang kit badan yang berlebihan, Integra Type R DB8 ini didatangkan dengan rim aloi bersaiz 15 inci, spoiler depan, sayap belakang, pendakap strut tower, sistem pendingin hawa, pintu tanpa rangka serta tingkap berkuasa.

Membuktikan ia sebuah model Type R adalah kehadiran lencana Type R di bahagian sisi dan belakang, logo H berwarna merah serta plet pada ruang enjin yang memaparkan kod DB8 dan Type R.
 

DB8


Dengan jarak perbatuan sekitar 127,000 km, harga yang dipaparkan (sewaktu artikel ini ditulis) bermula dari $5,101 (RM22,817) dengan tempoh bidaan berbaki lagi tiga hari.

Sumber: Bring A Trailer

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pameran Exhibition R dianjurkan oleh Honda Ban Lee Heng Melaka itu mengumpulkan lebih daripada 100…