Honda Integra 'lahir semula' di China

oleh Mohamad Hanif|
Bulan lalu, Acura telah mengumumkan kemunculan semula nama Integra sebagai sebuah model kompak premium yang bakal dilancarkan pada tahun hadapan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, China nampaknya mendahului pasaran-pasaran global dengan memperkenalkan model sedan baharu yang turut diberikan nama...Integra juga.

Jika anda rasa "macam pernah lihat model ini tapi di mana ya?", usah risau kerana ia sememangnya merupakan sebuah Honda Civic dengan rekaan depan dan belakang telah diubah sedikit untuk pasaran tersebut.
 

Civic


Berdasarkan informasi dan gambar dari laman web Kementerian Teknologi Informasi dan Industri China, Honda Integra 2022 ini sebenarnya merupakan kembar kepada Honda Civic 2022 dengan unit lampu yang lebih nipis, gril konvensional, serta liang kemasukan udara yang lebih kecil.

Unit lampu belakang pula tampil lebih sporti walaupun mengekalkan rekaan LED berbentuk L yang sama macam Civic 2022.

Disebabkan rekaan bampar baharu, Integra 2022 memiliki dimensi yang lebih panjang berbanding Civic 2022.

Ruang kabin juga turut menampilkan rekaan yang sama seperti Honda Civic 2022, termasuk skrin instrumen digital 10.2 inci, skrin infotainmen sembilan inci, serta rekaan elemen sarang lebah pada bahagian papan pemuka.

Kelengkapan seperti keselamatan dan enjin juga tidak banyak berubah berbanding model Civic 2022 yang asal.
 

Integra


Kenapa terdapat dua buah model yang sama, tapi membawakan nama yang berbeza?

Ini kerana Honda Civic sedan diproduksikan oleh Dongfeng Honda di Wuhan, sementara Honda Integra pula diproduksikan oleh Guangqi Honda di Guangzhou, di mana ia merupakan strategi yang biasa diamalkan oleh pengeluar global menerusi kolaborasi dengan syarikat tempatan yang berbeza.

Namun bagi para peminat Integra yang asli, usah risau kerana model yang bakal diperkenalkan pada tahun hadapan akan membawakan reka bentuk coupe yang lebih premium dan sporti walaupun diberitakan menggunakan platform Civic sedia ada.
 

Integra


Cuma, terdapat kemungkinan besar ia hanya akan dipasarkan untuk negara tertentu sahaja..

Berita Berkenaan

Berita Global
Melengkapi penawaran sedan Integra sedia ada, Integra Hatchback ini membawakan penggayaan yang…
Berita Global
Berdasarkan gambar rasmi yang dibekalkan, ia sebenarnya merupakan model HR-V 2023 spesifikasi…
Berita Global
Sejak daripada itu, tiada sebarang berita berkenaan Integra melainkan beberapa gambar rendering…