Honda Integra 2022 - bukan Acura Integra!

oleh Mohamad Hanif|
Seperti yang telah didedahkan pada pertengahan bulan yang lalu, Honda Integra 2022 versi empat pintu akhirnya secara rasmi dilancarkan oleh GAC Honda.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bentuk macam pernah lihat? Usah risau, kerana ia sebenarnya masih lagi merupakan sebuah Honda Civic generasi baharu yang telah diberikan pendekatan yang berbeza.

Dua warna baharu diumumkan iaitu emerald blue dan hot yellow, dan terdapat beberapa perubahan dari segi rekaan seperti unit lampu dengan rekaan berlekuk, rekaan bampar yang lebih agresif, serta rekaan lampu belakang yang lebih sporti.
 

Integra


Dari segi dimensi, Honda Integra 2022 membawakan ukuran yang lebih panjang berbanding sedan Civic 2022, iaitu sepanjang 4,689 mm disebabkan rekaan bampar depan baharu, lebar bertambah kepada 1,802 mm dan tinggi 1,415 mm.

Berdasarkan informasi yang dipetik daripada Kementerian Teknologi Informasi dan Industri China tempoh hari, terdapat beberapa penawaran dari segi rekaan rim beserta saiz, serta pelbagai jenis aksesori yang boleh dimuatkan pada Integra 2022 seperti spoiler belakang, bumbung suria, sirip ikan jerung, serta perumah cermin sisi berwarna hitam.
 

Integra


Gambar ruang kabin tidak didedahkan, namun berdasarkan info terdahulu ia juga turut menampilkan rekaan yang sama seperti Honda Civic 2022, termasuk skrin instrumen digital 10.2 inci, skrin infotainmen sembilan inci, serta rekaan elemen sarang lebah pada bahagian papan pemuka.

Dari segi kuasa, Honda Integra 2022 masih lagi dikuasakan oleh enjin empat silinder sebaris 1.5 liter turbo yang mampu menghasilkan kuasa setinggi 180 hp yang dipadankan dengan kotak gear CVT.
 

Integra


Sebagai makluman, Honda Civic sedan diproduksikan oleh Dongfeng Honda di Wuhan, sementara Honda Integra pula diproduksikan oleh Guangqi Honda di Guangzhou, di mana ia merupakan strategi yang biasa diamalkan oleh pengeluar global menerusi kolaborasi dengan syarikat tempatan yang berbeza.

Sumber: PC Auto