Honda Insurance Plus (HiP) dikemaskini dengan pelbagai penambahbaikan!

oleh SALINA JALIL|
Honda Malaysia mengumumkan penambaikan serta pembaharuan bagi Honda Insurance Plus (HiP) mereka untuk semua pemilik Honda dengan memberikan tiga faedah utama kepada para pelanggan mereka.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tiga faedah ini adalah dari segi:-

 

i. Penyelamatan:

Penyediaan khidmat bantuan menunda 24/7 sekiranya berlaku kemalangan, kerosakan, dan banjir. Penyediaan trak tunda akan membawa kereta anda ke pusat Body and Paint (B&P) yang sah dalam jarak 450km dari lokasi anda. 

 

HiP juga turut membiayai sehingga RM200 setiap kali kereta anda mengalami kerosakan. Perkhidmatan bantuan dan pembaikan di tepi jalan untuk tayar pancit atau kerosakan bateri serta kehabisan bahan api juga diberikan.

ii. Perlindungan: 

Tuntutan segera untuk penggantian badan kenderaan dan bahagian yang dibenarkan berharga di bawah RM20,000.

Anda juga akan diberi bantuan perubatan (rujukan perubatan, pengaturan temu janji, penghantaran ubat, evakuasi / pemulangan perubatan jika diperlukan).

Pelan Perlindungan Kemalangan Diri sehingga RM15,000 sekiranya berlaku kematian mengejut atau hilang upaya kekal dalam kenderaan yang diinsurankan bersama HiP.

 

 

iii. Penjimatan: 

Jika dahulu HiP menjamin pembayaran insurans 100 peratus  jika kereta yang diinsuranskan dicuri atau mengalami kerosakan teruk dalam kemalangan dengan syarat kereta berusia kurang dari 10 tahun, kini ia telah dilanjutkan hingga 13 tahun.

 

Selain itu, sekiranya nama pemandu yang tidak tercatat dalam pelan insurans, mereka juga turut diberikan perlindungan, tetapi untuk kenderaan berdaftar secara peribadi tanpa pembayaran ekses wajib sahaja.

 

Elaun banjir dan elaun bantuan khas (kecurian / jumlah kerugian) juga diberikan sehingga RM1500 dan bayaran untuk kes  kehilangan adalah sebanyak RM1000 disediakan. 

 

Perlindungan 100 peratus selama 10 tahun tanpa bayaran penambahbaikan turut membolehkan bahagian lama kereta Honda anda yang rosak semasa kemalangan dapat diganti dengan bahagian asal yang baharu.

 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi nombor talian bebas Honda di 1-800-88-2020 atau ke laman rasmi web mereka di sini. 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Namun begitu kami yakin ia mampu dicapai berdasarkan rekod jualan yang baik bagi tahun lalu yang…
Berita Domestik
Pencapaian tersebut menjadikan Honda Malaysia kekal kedudukan nombor satu dalam negara untuk…
Berita Domestik
Sebagai varian yang paling tinggi dalam penawaran SUV CR-V generasi baharu, CR-V e:HEV RS…