Honda Insight 2020, cekap bahan api dan bergaya!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Honda Insight 2020
Honda Insight 2020
Honda Insight adalah kereta hibrid yang kini memasuki generasi ketiga sejak pertama kali diperkenalkan pada November 1999 di Jepun.

Generasi pertama hadir dalam reka bentuk unik dua pintu dengan arka roda yang mempunyai penutup separuh. Turut unik ialah jumlah kerusi yang hanya ada dua.

Saiz Insight tidak besar, ukuran panjang hanya 3,945 mm dan ciri aerodinamik menyumbang kepada pekali seretan (Cd) hanya 0.25.

Insight dikuasakan enjin petrol 1.0 liter tiga silinder berkuasa 67 hp. Enjin itu digabungkan bersama motor elektrik yang menambah lagi 10 hp dan tork maksimum 49 Nm.

Pengunaan minyak untuk perjalanan gabungan bandar dan lebuh raya ialah 4.4L/100 km.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
Honda Insight LX

Insight adalah model produksi pertama Honda dengan teknologi Intergrated Motor Assist (IMA) dan model hibrid pertama dijual di Amerika Utara pada Disember 1999. Pelancaran itu lebih awal berbanding Toyota Prius.

Generasi kedua diperkenalkan pada 2009 dan kali ini dalam gaya badan hatchback lima pintu yang lebih mesra penumpang.

Insight generasi kedua lebih dikenali pengguna tempatan kerana ia dijual Honda Malaysia, dilancarkan pada Disember 2010 dengan harga yang munasabah iaitu RM98,000 di atas jalan.

Model facelift untuk pasaran tempatan kemudian diperkenalkan pada Februari 2012 dengan perubahan kosmetik, penyaman udara dan beberapa lagi untuk penjimatan bahan api.

Di peringkat global Insight generasi kedua ditamatkan pada 2014 dan model pengganti mengambil masa lama untuk dipasarkan.

 

Honda Insight

 

Pada Mac 2018 Insight generasi ketiga diperkenalkan di Amerika Syarikat pada Mac 2018 dan diasaskan dari Honda Civic generasi kesepuluh dan hadir bergaya.

Model baharu ini langsung berbeza berbanding dua generasi sebelumnya dan tidak lagi menggunakan gayaan khusus untuk kenderaan hibrid.

Sistem hibrid yang digunakan menggabungkan enjin petrol 1.5 liter petrol DOHC i-VTEC dengan motor elektrik dan pek bateri lithium-ion atau generasi ketiga Sport Hybrid Intelligent Multi-Mode Drive (i-MMD).

Model pasaran Jepun mempunyai output kuasa 109 ps dan tork 134 Nm untuk enjin petrol manakala motor elektrik berkuasa 131 ps dan tork 267 Nm. 

 

Honda Insight

 

Sistem dua motor hibrid membolehkan Insight digerakkan tanpa menggunakan transmisi automatik konvensional. Motor elektrik atau transmisi e-CVT menggerakkan roda depan secara langsung.

Penggunaan minyak untuk Insight EX dengan roda 17 inci ialah 25.6 km/l (mod WLTC) dan dari segi keselamatan dilengkapi teknologi Honda Sensing.

Untuk pemanduan ada tiga mod iaitu Normal, Econ dan Sport bagi seleksi pemanduan berbeza.

Berkongsi platform dengan Civic mempunyai kelebihan selain daripada rekabentuk bergaya, ruang bagasi mempunyai kapasiti 427 liter dan kerusi boleh dibaring 60/40.

Praktikaliti tersebut diperolehi melalui bateri yang ditempatkan di bawah kerusi belakang seterusnya berjaya menjimatkan banyak ruang.

 

Honda Insight

 

Dari segi harga, Honda Insight LX dijual pada 3,355,000 yen (RM130,661) dan 3,729,000 yen (RM145,226) untuk varian paling premium Insight EX Black Style.

Satu lagi perkara tentang Insight dan Civic ialah strategi dan susunan dua model tersebut.

Jika CR-V dan Accord mempunyai varian hibrid, pakej yang sama tiada pada Civic walaupun ditawarkan untuk tiga generasi sebelumnya.

Jawapannya adalah pada Honda Insight dan kepada yang berkenan, model mesra alam ini tidak dipasarkan di negara kita malah tiada di pasaran ASEAN lain seperti Thailand dan Indonesia.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Kredit fakta: Honda/PaulTan/Wikipedia Foto: Honda

 

Honda Insight

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Sebagai contoh Honda memasarkan CB125R yang menggunakan enjin paling kecil dalam siri Neo…
Berita Global
Menurut laporan Nikkei Asia, Nissan mahu bergerak ke arah penghasilan tren kuasa umum untuk EV,…
Berita Global
  Jarak roda juga sama iaitu 2,830 mm. Dari sisi, Accord nampak begitu panjang dan disumbang oleh…