Honda Indonesia dedah teaser - adakah BR-V generasi baharu?

oleh Mohamad Hanif|
Walaupun baru sahaja melancarkan dua buah model generasi baharu pada tahun ini iaitu Honda HR-V 2021 (generasi ketiga) dan Honda Civic 2022 (generasi kesebelas), pengeluar Jepun itu kini sedang melakukan persiapan pelancaran untuk bulan hadapan pula.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan daripada rakan media negara jiran Autonetmagz, gambar teaser itu dimuatnaik oleh akaun Instagram Honda Indonesia yang memaparkan sebuah model baharu yang bakal dilancarkan pada tanggal 3 Mei ini.

Honda Indonesia menggunakan frasa 'World Premiere' dan ini membawa maksud model yang bakal dilancarkan ini merupakan sebuah model serba baharu dan bukannya model yang telah dilancarkan sebelum ini seperti HR-V atau Civic.

Satu kemungkinan besar adalah model LMPV, iaitu Honda BR-V di mana ia merupakan model yang dibangunkan khusus untuk pasaran Asia, dan generasi pertama telah pun diperlihatkan menerusi acara Gaikindo Indonesia International Auto Show pada tahun 2015.

Setelah enam tahun berada di pasaran, adalah lebih logik untuk Honda menggantikan peranan BR-V sedia ada dengan pengenalan generasi baharu yang lebih moden.

Laman Autonetmagz juga turut mencadangkan beberapa model lain seperti Mobilio atau model ZR-V - sebuah lagi model crossover yang bakal memberikan saingan kepada Toyota Raize dan Daihatsu Rocky dan memiliki dimensi bawah empat meter.

Sumber: Autonetmagz

Berita Berkenaan

Berita Global
Kemenangan pada tahun ini merupakan tahun kelima berturut-turut produk Honda memenangi anugerah Red…
Berita Global
  Ye Series juga menjadi jawapan kepada yang bertanya di mana EV Honda. Masih awal, belum…
Berita Global
  Nampaknya trend penurunan harga kenderaan elektrik (EV) bukan lagi terpencil. Semasa…