Pemampat elektrik berfungsi bagi mengawal mampatan ambilan udara tanpa mengira putaran (rpm) enjin.
Ini bermakna, tindak balas daya kilas yang tinggi dapat dinikmati dari rpm lebih rendah. Ini juga bukan pengecas lampau (supercharger) biasa kerana tidak digerakkan tali sawat.
Pemampat ditempatkan di depan kotak udara dan seperti biasa Honda pandai bermain dengan ruang. Honda juga memaklumkan enjin ini tidak memerlukan interpendingin.
Berkenaan enjin V3, Honda pernah menggunakannya pada NS400R era 80-an dan mungkin bakal sekali lagi dihidangkan kepada pasaran?
Tidak banyak yang dikongsi mengenai projek ini sebagai contoh sistem elektrik, kuasa dan prestasi.
Paling banyak ialah gambar dengan rangka, enjin, sepit udang, lengan ayun sebelah dan boleh diterjemah secara visual. Rasanya Honda memilih untuk berkongsi dari semasa ke semasa.
Honda memaklumkan akan terus menjalankan program pembangunan dan mungkin ada sesuatu buat pengguna.
Penulis: Muhammad Md Tajudin