Honda HR-V varian RS kini diberi pilihan warna coklat gelap untuk ruang kabin

oleh SALINA JALIL|
Honda Malaysia telah memperkenalkan warna kulit ruang dalaman kabin berwarna coklat gelap untuk Honda HR-V varian RS.

Penawaran warna ini juga tidak menjejaskan harga jualan kerana ia masih ditawarkan pada harga yang sama dengan pilihan warna kulit berwarna hitam yang sedia ada iaitu RM124,800 (harga atas jalan tanpa insurans).
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024

 

Menurut Honda, pilihan warna ini ditawarkan secara eksklusif untuk pasaran Malaysia dan kini telah dibuka untuk tempahan di kesemua 101 wakil pengedar Honda di seluruh negara.

 

Warna kulit coklat gelap ini jelas kelihatan di bahagian konsol tengah, panel hadapan, tempat duduk pemandu dan penumpang hadapan dan belakang serta panel pintu.

 

Di bahagian luar pula, warna pilihan masih kekal seperti sebelum ini iaitu Passion Red Pearl, Modern Steel Metallic dan White Orchid Pearl.

 

Di bahagian hud pula,  enjin masih sama iaitu 1.8-liter SOHC i-VTEC dengan 142 PS dan tork sehingga 172 Nm, transmisi CVT serta barisan kelengkapan lain seperti paparan audio berukuran tujuh inci, paddle shifter dan Honda LaneWatch.

 

Sementara itu, sistem keselamatan pula terdiri daripada enam beg udara, Emergency Stop Signal (ESS), Automatic Brake Hold (ABH), Vehicle Stability Assist (VSA), Hill Start Assist (HSA) dan cagak Isofix.

 

pic 1

 

pic 2

 

pic 3

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Bagi meraikan kegembiraan berganda itu, syarikat menganjurkan majlis penyerahan kereta khas di…
Informasi
Pakej HiP dipertingkatkan ini menawarkan gabungan tiga faedah yang dipertingkatkan termasuk menunda…
Pelancaran Motosikal
Honda ADV350 dinadikan dengan enjin 4 lejang bersasaran 330cc, satu silinder, penyejuk cecair SOHC…