Honda HR-V Sport - kini dengan enjin VTEC Turbo 182 PS, 240 Nm!

oleh Mohamad Hanif|
Honda HR-V 2019 telah menerima kemaskini berupa penambahan varian Sport kepada barisan varian sedia ada, menampilkan enjin 1.5 liter VTEC turbo, enjin yang sama dipakai pada Honda Civic.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Enjin empat silinder itu mampu menjana kuasa sekitar 182 PS dengan daya kilas 240 Nm yang masuk penuh pada putaran enjin julat 1,700 sehingga 5,500 rpm. 

Dengan enjin serba berkuasa ini, Honda HR-V memberikan pilihan transmisi manual dengan enam nisbah kelajuan ataupun transmisi CVT bagi mereka yang enggan menggunakan kaki kiri ketika kesesakan jalan raya. 
 


Tidak cukup sekadar enjin VTEC Turbo, Honda HR-V juga dilengkapi dengan teknologi Performance Damper pada bahagian hadapan dan belakang bagi membantu pengendalian ketika meratah selekoh, ataupun ketika menukar laluan secara tiba-tiba.  

Terima kasih kepada ciri stereng elektrik dengan fungsi nisbah berbilang dan teknologi Agile Handling Assist yang memberikan respons pengendalian yang cemerlang, dan ciri ini dibangunkan unik kepada model Honda HR-V Sport sahaja. 
 


Elemen rekaan dinamik menguasai bahagian luaran Honda HR-V Sport, dimulakan dengan splitter hadapan, skirt sisi, moulding pada arca roda dan bumper belakang yang serba agresif.

Bagi menampakkan imej sporty, bahagian yang disebutkan diatas diwarnakan dengan warna hitam, selain menampilkan pelindung cermin sisi berwarna hitam, paip ekzos berkembar serta rim aloi rekaan unik sebesar 18 inci. -

Honda HR-V Sport didatangkan dengan lampu-lampu utama jenis LED (lampu indikasi, lampu utama dan lampu nyalaan siang), manakala lampu belakang pula didatangkan dengan efek smoked. 
 


Memasuki ruang kabin, tempat duduk depan dan belakang telah ditambah baik bagi memberikan sokongan yang penuh kepada pemandu dan penumpang, sebelum diakhiri dengan trim berwarna hitam dan dikontraskan dengan warna merah. 
 


Honda HR-V 2019 bakal memasuki fasa produksi menjelang Disember 2018 manakala pelanggan pertama bakal menerima unit milik mereka bermula musim bunga 2019.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Jelasnya, pemeriksaan yang teliti terhadap keretanya telah dilakukan dan pihak Honda mendapati…
Berita Global
Menurut Consumer Reports, kempen panggil semula perlu dibuat disebabkan oleh risiko keselamatan…
Berita Domestik
Menurut perkongsian Noriya di Facebook, kereta yang diterimanya pada 26 Ogos 2023 mula mengalami…