Honda HR-V Sport Hybrid i-DCD - harga jualan dari RM120,800

oleh Mohamad Hanif|
CHERY Omoda 5 MREC Banner Campaign March 2025

Bertempat di Putrajaya siang tadi, Honda Malaysia telah mempertontonkan secara rasmi sebuah lagi model di dalam barisan Sport Hybrid i-DCD, iaitu Honda HR-V hibrid. 

Tidak seperti varian HR-V yang menggunakan enjin 1.8 liter, varian hibrid ini menggunakan enjin 1.5 liter DOHC i-VTEC bersesaran 1,496 cc. 
 


Dengan bantuan pek bateri lithium-ion di bahagian ruang belakang, kuasa gandingan kedua-dua sistem ini memberikan angka 152 PS dan 190 Nm daya kilas dengan transmisi DCT tujuh nisbah kelajuan. 

Sama seperti kereta hibrid Honda yang lain, Honda HR-V hibrid ini mampu bergerak di dalam mod EV sahaja untuk pemanduan yang lebih senyap terutama ketika di dalam bandar. 
 


Lampu utama SUV ini menggunakan lampu jenis halogen manakala di bahagian belakang pula adalah daripada jenis LED. 

Tidak mengabaikan ciri keselamatan, Honda HR-V ini juga tampil dengan kelengkapan seperti enam buah beg udara sebagai standard, Automatic Brake Hold, Bantuan Kestabilan Kenderaan, Isyarat Berhenti Kecemasan (ESS), Bantuan Mula Mendaki (HSA) dan cagak ISOFIX. 
 


Terdapat juga pakej aksesori yang ditawarkan iaitu Pakej Modulo, Pakej Urban dan juga Pakej Utiliti manakala untuk bateri hibrid pula didatangkan dengan jaminan 8 tahun tanpa sebarang had perbatuan. 

Versi hibrid ini dijual pada harga RM120,800 atas jalan tanpa insurans. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Tidak seperti pasaran lain seperti Malaysia dan Jepun dengan pilihan rangkaian kuasa 1.5 liter…
Berita Domestik
“Siasatan awal mendapati SUV berkenaan secara tiba-tiba mengalami kerosakan di lorong kiri telah…
Berita Domestik
"Siasatan awal mendapati motosikal jenis Yamaha R25 dinaiki mangsa bergesel dengan SUV jenis Honda…