Honda HR-V Sport Hybrid i-DCD 2021 dengan ciri dipertingkat - harga dari RM114 ribu

oleh Mohamad Hanif|
Honda Malaysia mengemas kini penawaran SUV hibrid Honda HR-V Sport Hybrid i-DCD untuk tahun ini dengan membawakan beberapa perubahan untuk luaran serta aspek sambungan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Dengan harga bermula dari RM113,954.82, Honda HR-V Sport Hybrid i-DCD 2021 kini mendapat ciri seperti lampu utama LED, lampu belakang LED, beserta lampu kabus hadapan juga menggunakan teknologi LED.

Penampilan luaran HR-V Sport Hybrid ini diserikan lagi dengan pemegang pintu berwarna krom, sementara sistem infohibur didatangkan dengan skrin Display Audio bersaiz tujuh inci yang menawarkan sambungan kepada Apple CarPlay dan Android Auto.

Tidak ketinggalan, roda stereng tiga jejari balutan kulit turut didatangkan untuk model ini.

Dari segi kuasa, HR-V Sport Hybrid i-DCD didatangkan dengan enjin i-VTEC 1.5 liter yang dipadankan dengan motor elektrik menghasilkan 152 PS dan 190 Nm, serta transmisi DCT tujuh nisbah kelajuan.

Penawaran keselamatan standard adalah seperti enam beg udara, Emergency Stop Signal (ESS), Automatic Brake Hold (ABH), Vehicle Stability Assist (VSA), Hill Start Assist (HSA) serta cagak ISOFIX.

Diperkenalkan buat kali pertama pada tahun 2015, Honda HR-V terus meraih populariti dengan jumlah jualan kini melebihi 103,000 unit.

Versi facelift yang dilancarkan pada tahun 2019 menyumbang kepada 18 peratus jumlah jualan Honda Malaysia, menjadikannya model kedua terlaris untuk tempoh Januari-Julai 2021.

Sehingga Jun 2021, Honda HR-V menguasai pasaran SUV kompak bukan nasional sebanyak 71 peratus.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Sembilan unit kenderaan tersebut termasuklah Jazz, City, BR-V, HR-V, City Hybrid, HR-V Hybrid,…
Berita Domestik
Honda Malaysia mengumumkan bahawa model crossover HR-V serba baharu telah menerima tempahan…
Berita Domestik
Bertempat di Putrajaya siang tadi, Honda Malaysia telah mempertontonkan secara rasmi sebuah lagi…