Honda HR-V facelift tampil dengan teknologi Honda Sensing

oleh Muhammad Md Tajudin|
Jika ditanya apakah model Honda yang penting dan popular sekarang ini, jawabnya ialah HR-V. Model ini begitu popular di serata dunia dan merupakan fenomena.

Walaupun Honda bukan yang pertama memulakan segmen SUV kompak tetapi HR-V berjaya menambah sejumlah penggemar segmen ini.

Model yang hits adalah penting kepada penjenamaan dan penciptaan kelompok pasaran baharu. Sejak beberapa dekad lepas, Honda telah berjaya melakukannya melalui CR-V, Jazz dan terkini HR-V.

Walaupun masih nampak segar, Honda HR-V atau Vezel pertama kali dipertontonkan kepada awam pada tahun 2013. 
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
Honda HR-V 2019

 

Model produksi mula dijual pada tahun yang sama di Jepun dan tahun-tahun berikutnya di pasaran utama lain. Kini selepas beberapa tahun di pasaran tiba masanya untuk HR-V diberi wajah baharu.

Mengenali Honda, perubahan yang dilakukan biasa-biasa sahaja dan tidak ketara seperti HR-V pasaran Amerika Syarikat ini.

Perubahan yang jelas dilihat adalah pada bahagian depan. Lampu kini menggunakan nyalaan LED ala Civic dan Accord. 

Gril sayap Honda kini lebih lebar manakala rekaan bamper juga tidak banyak berbeza kecuali bahagian lampu kabus.

 

Honda HR-V Spesifikasi Malaysia
Honda HR-V Spesifikasi Malaysia

 

Pada bahagian dalaman, HR-V facelift menggunakan sistem audio baharu dengan tombol pemulas audio fizikal yang sebelum ini menggunakan kawalan digital. Sistem hiburan juga boleh disambungkan dengan dua aplikasi iaitu Apple CarPlay™ dan Android Auto™.

Walaupun bahagian luaran dan audio tampil dengan perubahan minima, naiktaraf paling besar sekali ialah apabila HR-V dilengkapi teknologi Honda Sensing®.

Varian seperti EX dan lebih tinggi kini dilengkapi pakej Honda Sensing® yang terdiri daripada Collision Mitigation Braking System™ (CMBS™), Road Departure Mitigation (RDM), Lane Keeping Assist (LKAS) dan Adaptive Cruise Control (ACC).

 

Honda HR-V Spesifikasi Malaysia. Perhatikan sistem audio digital sepenuhnya.
Honda HR-V Spesifikasi Malaysia. Perhatikan sistem audio digital sepenuhnya.

 

Selain teknologi bantuan pemanduan, Honda memaklumkan bahawa transmisi CVT dan sistem pacuan kesemua roda (tiada di Malaysia) telah diperhalusi dan penebat bunyi ditambah untuk pemanduan lebih senyap.

Walaupun perubahan fizikal tidak besar namun penawaran Honda Sensing® adalah suatu yang menarik. Lebih menarik jika ia turut ditawarkan pada model facelift untuk pasaran negara kita nanti.

Honda HR-V facelift juga adalah satu indikator bahawa SUV popular ini akan berada di pasaran sekurang-kurang dua tahun lagi sebelum model baharu sepenuhnya (FMC) diperkenalkan.

Kepada pembaca yang mahu mengetahui ulasan pandu uji kami mengenai Honda HR-V, sila klik pada pautan ini.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
  Sebagai contoh Honda memasarkan CB125R yang menggunakan enjin paling kecil dalam siri Neo…
Berita Global
Menurut laporan Nikkei Asia, Nissan mahu bergerak ke arah penghasilan tren kuasa umum untuk EV,…
Berita Global
  Jarak roda juga sama iaitu 2,830 mm. Dari sisi, Accord nampak begitu panjang dan disumbang oleh…