Honda HR-V di tempat pertama untuk segmen SUV Kompak

oleh SALINA JALIL|
Honda Malaysia mengumumkan bahawa jualan HR-V facelift telah mencecah 14,800 unit antara Januari dan Disember 2019, sekaligus mengekalkan kedudukannya sebagai pendahulu segmen SUV kompak dengan perkongsian pasaran sebanyak 79 peratus.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Sejak dilancarkan pada 2015, HR-V kekal pada kedudukan nombor satu dalam segmennya untuk empat tahun berturut-turut dengan purata perkongsian pasaran sebanyak 76 peratus dan jualan keseluruhan melebihi 87,000 unit setakat November 2019.
 

 

Prestasi jualan yang positif ini menjadikan HR-V model Honda kedua paling laris dengan sumbangan sebanyak 19 peratus kepada jualan keseluruhan Honda Malaysia.
 

Bagi jualan mengikut kawasan, Lembah Klang merupakan penyumbang jualan tertinggi dengan 49 peratus, diikuti oleh zon Selatan dengan 18 peratus dan zon Utara dengan 17 peratus.

 


Mengulas tentang kejayaan HR-V, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Toichi Ishiyama berkata, “Prestasi jualan varian petrol dan hibrid menunjukkan yang HR-V terus diterima baik di pasaran Malaysia dan mengekalkan kedudukan yang kukuh dalam segmennya.”

 

“Bagi pihak Honda Malaysia, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pelanggan kami di atas sokongan dan kerana memilih HR-V sebagai kenderaan harian mereka,” tambah beliau.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Namun begitu kami yakin ia mampu dicapai berdasarkan rekod jualan yang baik bagi tahun lalu yang…
Berita Domestik
Pencapaian tersebut menjadikan Honda Malaysia kekal kedudukan nombor satu dalam negara untuk…
Berita Domestik
Sebagai varian yang paling tinggi dalam penawaran SUV CR-V generasi baharu, CR-V e:HEV RS…