Honda HR-V 2025 diperkenal di UK, perubahan kecil pada bahagian luar

oleh Muhammad Md Tajudin|
Honda HR-V 2025 UK
Honda HR-V 2025 UK
Honda Vezel atau HR-V rupa baharu dilancar di Jepun pada April lalu. Sekali atau dua kali pandang, Vezel nampak sama macam sebelum ini.

Rekaan berubah namun tidak besar dan boleh dilihat pada bingkai jeriji yang lebih menegak berbanding condong ke dalam.

Rupa depan Vezel dan HR-V pasaran tempatan berbeza dan tampil dengan corak jeriji yang lebih menonjol.

Selepas Jepun kini giliran United Kingdom (UK) dan Eropah menerima model rupa baharu atau dikenali secara rasmi sebagai HR-V e:HEV.
BHPetrol Diesel B7 MREC Banner Campaign July 2024
JAECOO J7 MREC Banner Campaign July 2024
 Honda HR-V 2025 UK

 

Tidak seperti pasaran lain seperti Malaysia dan Jepun dengan pilihan rangkaian kuasa 1.5 liter dan e:HEV, HR-V UK hanya ditawarkan dalam versi hibrid.

Semua varian HR-V UK menerima bampar dan jeriji baharu dan bahagian dalam lampu yang digelapkan.

Bahagian bawah bampar dibuat dalam warna hitam kilat dan lampu besar HR-V Advance dan ke atas mempunyai teknologi alur pemanduan boleh suai (ADB).

Rekaan bahagian dalam lampu LED  belakang yang panjang melintang turut diubah.

 

Honda HR-V e-HEV RS Malaysia
Honda HR-V e-HEV RS Malaysia

 

Honda turut menawarkan tiga warna baharu iaitu Sage Green, Seabed Blue dan Urban Grey.

Pada bahagian dalam, bawah papan pemuka dan konsol tengah direka semula dan tiada lagi rekan bentuk C. 

Perubahan itu membolehkan ruang pengecasan tanpa wayar lebih mudah digunakan oleh pemandu dan penumpang selain nampak lebih sekata.

 

Honda HR-V 2025 UK

 

Selain perkakasan boleh nampak Honda juga mengubah bahagian yang terlindung dari mata dengan menambah tebatan bunyi untuk suasano lebih senyap.

Varian HR-V Advance Style Plus dilengkapi bumbung kaca dan semua varian dipasang cermin gelap sebagai ciri asas.

HR-V Advance Style Plus yang baru diperkenal juga istimewa dengan perkakasan luar seperti bawah bampar, lengkungan roda dan riasan sisi sepadan warna badan.

Jeriji depan warna Hitam Kristal dan menggunakan rim aloi rekaan khusus.

 

Honda HR-V 2025 UK

 

Sistem Bantuan Kesesakan Jalan Raya kini mempunyai bantuan stereng dari kelajuan 0 kilometer sejam (km/j) dan mengurangkan tugas pemandu.

Berkenaan rangkaian kuasa, Honda tidak memperincikannya kecuali pemakluman umum dua motor hibrid e:HEV.

Sebagai rujukan, enjin 1.5 liter HR-V e:HEV UK menghasilkan 107 ps dari 6,000 sehingga 6,400 rpm dan 131Nm dari 4,500 sehingga 5,000 rpm.

Motor elektrik memiliki kuasa 96kW (131 ps) dan 253Nm. Pecutan dari 0 sehingga 100 km/j memerlukan 10.7 saat dan kelajuan tertinggi mencecah 171 km/j.

 

Honda HR-V 2025 UK

 

Jualan HR-V 2025 untuk pasaran Eropah bermula pada September 2024 dan bila pula giliran pasaran tempatan?

Seperti yang dikatakan, jeriji HR-V tempatan lebih garang dan corak HR-V UK dan Vezel Jepun nampak lebih sederhana dan manis. Mungkin juga boleh ditawarkan seiringan. 

Biasanya model tempatan akan menyusul selepas Thailand dan Indonesia.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Domestik
“Siasatan awal mendapati SUV berkenaan secara tiba-tiba mengalami kerosakan di lorong kiri telah…
Berita Domestik
"Siasatan awal mendapati motosikal jenis Yamaha R25 dinaiki mangsa bergesel dengan SUV jenis Honda…
Berita Domestik
Bagi meraikan kegembiraan berganda itu, syarikat menganjurkan majlis penyerahan kereta khas di…