Honda HR-V 2023 diperkenalkan, guna platform Civic gen 11

oleh Mohamad Hanif|
Seperti yang telah kami laporkan sebelum ini, Honda HR-V generasi kedua bakal ditampilkan dengan dua penampilan yang berbeza.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Versi yang kita ketahui (dan telah pun dilancarkan di negara jiran) merupakan versi yang sama dilancarkan untuk pasaran Eropah, dengan rupa paras yang jauh lebih elegan.

Namun, Honda baru-baru ini memperlihatkan versi kedua crossover HR-V yang direka untuk pasaran Amerika Utara, dan menariknya versi terbaharu ini juga dijangka akan muncul di pasaran Eropah menjelang tahun depan, mungkin dengan nama yang berbeza.
 

HR-V


Honda HR-V 2023 ini dibangunkan atas pelancar Honda Civic generasi ke-11 dengan jarak antara roda yang jauh lebih panjang berbanding HR-V terdahulu.

Rekaan hadapan crossover ini menampilkan muncung yang direka semula, bukaan gril bawah yang lebih lebar diikuti dengan liang udara menegak di bahagian sisi.

Sementara rekaan gril utama pula adalah lebih bersegi dengan corak heksagon di bahagian tengah, dan diasingkan siap daripada unit lampu utama.

Berbanding HR-V versi Eropah, HR-V versi US ini membawakan rekaan lampu belakang yang lebih besar.
 

HR-V


Selain itu, rekaan pintu penumpang baris kedua juga kini menampilkan pemegang pintu versi normal, dan bukan lagi unit yang tersorok pada bahagian tiang C seperti HR-V generasi pertama, mahupun HR-V generasi kedua yang telah pun muncul di jalan raya pada masa ini.

Tiada info berhubung nadi yang bakal digunakan, namun adalah lebih mudah diandaikan HR-V 2023 ini akan menampilkan nadi 2.0 liter (158 hp) atau enjin 1.5 liter turbo (180 hp) yang sama seperti penawaran Honda Civic.

Menariknya, Honda menyebut model HR-V ini akan menampilkan enjin yang lebih responsif, serta sistem suspensi bebas di bahagian belakang bagi membolehkan SUV kompak ini menawarkan pemanduan yang lebih telus, meyakinkan dan juga menyeronokkan.

Berita Berkenaan

Berita Global
Seperti yang diumumkan sebelum ini, Honda HR-V 2023 ini berkongsi platform dengan sedan segmen C…
Berita Global
Tidak seperti HR-V yang sudah mendarat di Eropah, serta beberapa pasaran Asia Tenggara, Honda HR-V…
Berita Global
Namun, untuk pasaran Amerika Syarikat, Honda nampaknya mempunyai sesuatu yang lebih berbeza, dan ia…