Honda HR-V 2022 - tempahan 20,000 unit, tempoh menunggu 12 bulan!

oleh Mohamad Hanif|
Honda HR-V merupakan salah satu model yang telah berjaya mencipta segmen baharu apabila diperkenalkan pada tahun 2015, sekaligus menjadi model yang paling laris dijual oleh Honda Malaysia.
KTM aspiRC MREC Banner Campaign October 2023
HONDA CITY MREC Banner Campaign November 2023

Dengan pengenalan model generasi baharu, adalah tidak mengejutkan apabila ia terus mendapat tempat di hati rakyat Malaysia, dengan lebih 20,000 unit tempahan direkodkan!

Menurut Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Hironobu Yoshimura berkata, "semenjak tempahan dibuka, HR-V generasi baharu ini telah mendapat sambutan positif daripada rakan media dan orang ramai.

"Saya berbesar hati memaklumkan bahawa HR-V serba baharu ini telah menerima lebih 20,000 unit tempahan setakat ini.
 

HRV


"Dengan maklum balas menggalakkan dan permintaan tinggi terhadap model baharu berkenaan, kami juga ingin  memaklumkan bahawa tempoh menunggu bagi HR-V Serba Baharu ini ialah 12 bulan, bergantung kepada ketersediaan varian yang ada. Bagaimanapun, Honda Malaysia sedang mengambil langkah terbaik untuk menyerahkan kereta baharu pelanggan secepat mungkin.

Daripada jumlah tersebut, 20 peratus daripadanya disumbangkan oleh varian tertinggi iaitu model HR-V e:HEV, sementara varian asas 1.5L NA pula menyumbang sebanyak 5 peratus, kurang sedikit daripada sasaran awal sebanyak 10 peratus.

Honda Malaysia memaklumkan bulan Julai akan menjadi tempoh penting dalam menentukan jumlah sebenar tempahan yang diterima.

Ini kerana ada segelintir pelanggan yang membuat tempahan berganda, dalam usaha mereka untuk mendapatkan kenderaan lebih cepat sebelum tempoh serahan pengecualian cukai yang telah dilanjutkan sehingga 30 Jun 2022.

Berita Berkenaan

Informasi
"Kejadian berlaku dengan pantas, sebatang besi terjatuh dari sebuah lori kemudiannya hentam enjin…
Berita Domestik
  "Kita telah menerima laporan daripada kedua-dua pihak yang terlibat dalam kemalangan itu. Kes…
Berita Global
Tidak cukup dengan satu SUV, Honda baru-baru ini melancarkan sebuah lagi model baharu menerusi…