Honda HR-V 2022 rasmi di Indonesia - ciri Honda SENSING standard, dari RM105 ribu

oleh Mohamad Hanif|
Generasi baharu Honda HR-V 2022 kini rasmi memasuki pasaran Indonesia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ditawarkan dalam empat varian, Honda HR-V didatangkan dengan enjin 1.5 liter yang lebih kecil untuk tiga varian terendah, sementara varian RS pula dikuasakan oleh nadi VTEC Turbo.

Enjin 1.5 liter aspirasi natural itu berupaya menjana kuasa setinggi 121 PS dan 145 Nm yang dipadankan dengan transmisi CVT, sementara versi RS pula mendapat nadi 1.5 liter turbo dengan kuasa 177 PS dan 240 Nm.
 

HR-V


Secara standard, Honda HR-V 2022 dilengkapi dengan ciri Honda SENSING, unit lampu LED, rim aloi bersaiz 17 inci, sistem infotainmen Display Audio bersaiz tujuh inci dengan sokongan sambungan peranti pintar, serta ciri keselamatan seperti empat beg udara, bantuan mula mendaki, bantuan menurun cerun, kawalan kestabilan, ABS, EBD, bantuan brek, serta brek parkir elektrik.

Tipikal penawaran varian RS, HR-V RS 2022 boleh dibezakan menerusi penawaran kit badan yang tersendiri, tip ekzos berkembar, upholsteri kulit hitam dengan jahitan kontras merah, serta skrin kluster instrumen TFT bersaiz tujuh inci.
 

HR-V


Dari segi pemanduan, terdapat tiga mod iaitu Sport, Normal dan Econ yang dibantu dengan ciri keselamatan enam beg udara.

Harga jualan Honda HR-V di Indonesia bermula dari 355.9 juta Rupiah (RM105k) sehingga 499.9 juta Rupiah (RM147k).

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Bakal ditawarkan dalam varian petrol dan hibrid (e:HEV), Honda HR-V 2022 membawakan ukuran…