Honda HR-V 2022 - generasi baharu, empat varian, Honda SENSING standard, dari RM114,800

oleh Mohamad Hanif|
Honda Malaysia hari ini secara rasmi melancarkan model SUV HR-V generasi baharu selepas tempahan dibuka dengan sasaran jualan sebanyak 1,600 unit sebulan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Berbanding generasi terdahulu, HR-V generasi baharu kini didatangkan dengan penampilan yang lebih bergaya, sporti dan premium yang mampu meletakkan tanda aras yang lebih tinggi dalam segmen SUV kompak di Malaysia.
 

RS


Untuk pasaran tempatan, terdapat tiga pilihan enjin yang ditawarkan iaitu:

  • 1.5 liter i-VTEC NA - 121 PS @ 6,600 rpm, 145 Nm @ 4,300 rpm
  • 1.5 liter VTEC Turbo - 181 PS @ 6,000 rpm, 240 Nm @ 1,700-4,500 rpm
  • 1.5 liter e:HEV - 131 PS @ 4,000-8,000 rpm, 253 Nm @ 0-3,500 rpm

Tidak termasuk varian S yang hanya ditawarkan dengan mod NORMAL & ECO, kesemua varian E, V dan RS didatangkan dengan pilihan mod pemanduan NORMAL, SPORT dan ECON.
 

RS


Secara standard, kesemua varian didatangkan dengan ciri seperti lampu utama automatik LED, rim bersaiz 17 inci, skrin paparan TFT 4.2 inci, tempat duduk balutan fabrik, skrin Display Audio lapan inci dengan sokongan Apple CarPlay dan Android Auto, corong pendingin hawa baris kedua, serta ciri Walk Away Auto Lock.

Varian 1.5T E pula mendapat ciri tambahan seperti lampu kabus depan LED, kemasan pada tip ekzos, skrin paparan TFT bersaiz tujuh inci, bantuan menghidup enjin kawalan jauh, penambahan dua slot USB di bahagian belakang serta komponen paddle shifter.
 

RS


Varian 1.5T V pula dilengkapi dengan ciri seperti lampu isyarat membelok depan jenis sekuential, rim aloi bersaiz 18 inci, balutan kulit pada tempat duduk, roda stereng dan tombol gear, tempat duduk pemandu boleh laras lapan tahap, serta sistem audio dengan lapan pembesar suara.

Varian RS yang lebih sporti pula didatangkan dengan kit badan RS, kemasan dalaman RS, pintu belakang bebas tangan, pedal sport, sistem pendingin hawa dua zon, serta penyeka kaca depan automatik.
 

RS


Tidak ketinggalan, ciri keselamatan Honda SENSING sebagai satu ciri standard untuk semua varian yang terdiri daripada ciri berikut:

  • Amaran Pelanggaran Hadapan (FCW)
  • Brek Mitigasi Pelanggaran (CMBS)
  • Bantuan Pengekalan Lorong (LKA)
  • Mitigasi Keluar Jalan (RDM)
  • Amaran Keluar Lorong (LDW)
  • Bantuan Suluhan Tinggi Automatik (AHB)
  • Kawalan Jelajah Adaptif (ACC)
  • Bantuan Mengikut Kenderaan Kelajuan Rendah (LSF)
  • Sistem Amaran Pergerakan Kenderaan Hadapan (LCDN)

Ciri Honda LaneWatch hanya boleh didapati pada dua varian tertinggi sahaja, iaitu 1.5T V dan 1.5L e:HEV RS.

Harga jualan bermula dari RM114,800 untuk varian 1.5L S, diikuti RM129,800 (varian 1.5T E), RM134,800 (varian 1.5T V) dan RM140,800 untuk varian 1.5L e:HEV RS.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Jelasnya, pemeriksaan yang teliti terhadap keretanya telah dilakukan dan pihak Honda mendapati…
Berita Global
Menurut Consumer Reports, kempen panggil semula perlu dibuat disebabkan oleh risiko keselamatan…
Berita Domestik
Menurut perkongsian Noriya di Facebook, kereta yang diterimanya pada 26 Ogos 2023 mula mengalami…