Honda HR-V 2021 diperlihatkan secara rasmi - rekaan lebih minimalis!

oleh Mohamad Hanif|
Generasi baharu Honda HR-V akhirnya rasmi dilancarkan di mana generasi ketiga ini membawakan perubahan yang lebih besar berbanding model crossover yang digantikan sebelum ini.
MINI MREC Banner Campaign February 2025 - Week 2
Jaecoo J7 PHEV Launch MREC Banner Campaign March 2025

Apa yang pasti, rekaan luaran Honda HR-V 2022 ini nyata lebih minimalis, lebih bersih rekaannya sementara rekaan unik sayap Honda telah pun digantikan dengan rekaan jeriji hadapan yang lebih besar.

 

 


Unit lampu utama Honda HR-V tampak lebih nipis dan lebih matang berbanding model terdahulu, dan penampian ini turut diaplikasikan pada unit lampu belakang yang dihubungkan dengan jalur LED penuh melintangi pintu but belakang.

Namun, ciri yang terdapat pada Honda HR-V generasi kedua turut dibawakan kembali pada generasi ketiga iaitu rekaan cermin belakang serta pemegang pintu belakang yang terlindung pada tiang C.

 


Kemasan di dalam ruang kabin juga cukup kemas, di mana papan pemuka kini lebih minimalis dengan rekaan corong pendingin hawa yang lebar dan diakhirii dengan skrin infotainmen tengah posisi menegak.

Selain daripada itu, Honda HR-V baharu ini juga datang dengan ciri cermin panoramik yang besar, sistem audio dengan sembilan pembesar suara serta corong pendingin hawa di baris kedua.

 


Difahamkan, Honda HR-V pasaran Jepun (digelar sebagai Vezel) akan ditawarkan dengan ciri kelengkapan keselamatan Honda Sensing yang merangkumi brek kecemasan automatik, bantuan kekal laluan, sistem pengecaman papan tanda trafik serta kawalan jelajah adaptif dengan fungsi berhenti-mula.

Ciri keselamatan itu tadi diteruskan dengan sistem kamera berbilang paparan yang menawarkan pemantauan titik buta.

 


Setakat ini, spesifikasi trenkuasa masih lagi tidak diketahui, namun berdasarkan gambar teaser yang didedahkan sebelum ini Honda HR-V akan dilengkapi dengan trenkuasa e:HEV selain daripada unit enjin 1.5 liter DOHC i-VTEC yang terdapat pada varian City sedan, City hatchback dan Jazz.

Berita Berkenaan

Berita Global
  Tidak seperti pasaran lain seperti Malaysia dan Jepun dengan pilihan rangkaian kuasa 1.5 liter…
Berita Domestik
“Siasatan awal mendapati SUV berkenaan secara tiba-tiba mengalami kerosakan di lorong kiri telah…
Berita Domestik
"Siasatan awal mendapati motosikal jenis Yamaha R25 dinaiki mangsa bergesel dengan SUV jenis Honda…