Honda HR-V 1.8L SE - kini dengan ciri pemantauan titik buta, harga dari RM105,364

oleh Mohamad Hanif|
Honda Malaysia hari ini mengumumkan penambahan baharu terhadap penawaran keluarga SUV HR-V yang dinamakan sebagai HR-V 1.8L SE.

Ditawarkan dalam unit yang terhad, Honda HR-V SE ditawarkan penambahan ciri bantuan pemandu yang terdiri daripada bantuan penukaran laluan, amaran lintasan trafik belakang dan sistem informasi titik buta.
 

HR-V


Tidak ketinggalan, indikasi amaran bukaan pintu juga turut disekalikan ke dalam pakej SE ini, selain penambahan aksesori seperti unit perakam video, trunk tray dan juga trunk organizer.

Tiada sebarang perubahan mekanikal di mana ia masih lagi membawakan enjin 1.8 liter yang menghasilkan 142 PS dan 172 Nm yang dipadankan dengan transmisi CVT.
 

HR-V


Honda HR-V sebelum ini ditawarkan dengan pakej keselamatan seperti enam beg udara, kawalan kestabilan kenderaan, bantuan mula mendaki, lampu berhenti kecemasan (ESS) serta tidak ketinggalan kamera undur berbilang sudut.

Harga jualan bermula dari RM105,364 atas jalan tidak termasuk insurans.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Penawaran warna baharu ini adalah untuk menggantikan warna sedia ada iaitu Passion Red Pearl dan…
Telah Diuji
Untuk segmen ini, pilihan yang ada: Honda Civic Toyota Corolla Mazda3 Hyundai Elantra Honda…
Berita Domestik
Hironobu Yoshimura memulakan tugasnya di Malaysia pada 1 April 2022, dan mempunyai pengalaman…