Honda hentikan penawaran Clarity Electric - varian hidrogen dan plug-in hybrid masih dijual seperti biasa

oleh Mohamad Hanif|
Dalam satu perkembangan yang lain, Honda nampaknya telah pun membuat keputusan untuk menghentikan penawaran model elektrik sepenuhnya, Honda Clarity Electric.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, Honda masih tetap meneruskan penawaran varian Clarity yang sedia ada termasuklah varian sel bahan api hidrogen dan plug-in hybrid. 

Antara sebab Honda Clarity EV dihentikan produksi adalah disebabkan jarak operasi yang terlalu singkat, iaitu sekitar 143 kilometer terima kasih kepada penggunaan bateri lithium-ion 25.5 kWh. 

Apatah lagi pada ketika ini kebanyakan pengeluar EV sudah mula mencapai jarak operasi yang jauh melebihi apa yang ditawarkan oleh Clarity. 
 


Di Amerika Syarikat, Honda Clarity Electric tidak pernah dijual secara terus kepada pengguna biasa, dan hanya ditawarkan secara pajakan sahaja. 

Menurut laporan daripada Autoblog, tahun lalu Honda telah berjaya menjual 11,654 unit Clarity tanpa mendedahkan secara terperinci varian manakah yang paling banyak terjual. 

Menurut jurucakap Honda, Natalie Kumaratne berkata, Honda Clarity EV sudah pun dihentikan produksi pada akhir tahun 2019 bagi memberikan laluan kepada model EV yang lebih moden. 

Honda kini sudah pun mempunyai sebuah model EV yang mula dijual di Eropah, Honda e yang merupakan hatchback berpacuan roda belakang dan memiliki rekaan retro moden. 

Sumber: Autoblog