Honda henti jual kenderaan diesel di Eropah 2021

oleh Mohamad Hanif|
Di Eropah, Honda telah mengumumkan pemberhentian sepenuhnya penjualan model-model bernadikan enjin diesel bermula 2021, di mana mereka akan memfokuskan kepada trenkuasa hibrid dan elektrik.
KTM aspiRC MREC Banner Campaign October 2023
HONDA CITY MREC Banner Campaign November 2023

Ini adalah selari dengan perancangan Honda menjalankan elektrifikasi model-model sedia ada untuk benua tersebut menjelang tahun 2025. 

Malah, menurut laporan daripada Reuters, Honda juga turut mempunyai perancangan jangka panjang untuk menghasilkan kira-kira dua pertiga daripada jumlah keseluruhan model terdiri daripada EV dan juga hibrid menjelang tahun 2030. 

Selain daripada itu, kadar penurunan permintaan yang sangat ketara untuk model-model diesel serta peraturan pelepasan emisi EU yang semakin ketat turut memaksa Honda membuat keputusan sukar ini. 
 


Ketika ini, Honda menawarkan model-model seperti CR-V, Civic dan HR-V masih lagi ditawarkan, namun menerusi pengenalan CR-V facelift, opsyen enjin diesel sudah pun digugurkan. 

Selain daripada berita di atas, dunia juga turut dikejutkan dengan berita penutupan kilang pemasangan Honda yang terletak di Swindon, dan kira-kira 3,500 orang akan kehilangan punca pendapatan menjelang tahun yang sama (2021).

Menurut Honda, penutupan ini merupakan sebahagian daripada penstrukturan semula jaringan pemasangan global Honda, selain memfokuskan aktiviti di rantau yang mempunyai bilangan produksi yang lebih tinggi dan menguntungkan. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Malah pada bulan lepas, angka jualan kenderaan elektrik buat pertama kalinya mengatasi angka jualan…
Berita Global
Dalam perkembangan terkini, Mitsubishi mendakwa Triton serba baharu ini akan membawakan pelantar…
Berita Global
Menurut laporan Drive AU, model 'baharu' itu dijangka akan menerima nadi baharu berupa enjin diesel…