Honda Hawk 11 ditawarkan di Jepun, harga bersamaan RM46.6k!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Honda Hawk 11
Honda Hawk 11
Honda pada Mac lalu memperlihatkan motosikal Hawk 11 yang membangkitkan kembali nostalgia model era 70 an hingga 90-an.

Kini Honda kembali lagi dan memperincikan spesifikasi Hawk 11 yang boleh didapati dari Honda Dream Jepun pada 29 September 2022.

Sebelum ini ada yang berteka-teki mengenai enjin yang digunakan, kini sah Hawk 11 menggunakan enjin 1,082 cc daripada Africa Twin CFRL1100.

Enjin SC84E dua silinder sebaris itu dipadan bersama kotak gear enam kelajuan dan bukan DCT seperti Africa Twin.

Hawk 11 mempunyai output kuasa 102 ps pada 7,500 rpm dan tork 104 Nm pada 6,250 rpm. Tangki minyak berkapasiti 14 liter.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
Honda Hawk 11

 

Sistem elektronik merangkumi throttle-by-wire system (TBW) dan mempunyai empat mod tunggangan iaitu Sport, Standard dan Rain.

Fungsi itu menetapkan tahap kuasa dan pembrekan enjin. Mod User membolehkan penunggang membuat tetapan sendiri.

HSTC atau Honda Selectable Torque Control pula membantu dari segi gelinciran tayar dan loncatan  supaya tunggangan lebih selamat.

Kerangka yang digunakan jenis semi-double cradle dan lengan ayun Prolink. Kerangka jenis itu turut digunakan Africa Twin CFRL1100.

 

Honda Hawk 11

 

Menyerap hentakan ialah suspensi terbalik inverted Showa SFF-BP (separate function front fork big piston) dan jenis tunggal di belakang.

Roda depan dan belakang berukuran 17 inci dengan tayar 120/70 dan 180/55.

Menghenti dan memperlahankan Hawk 11 ialah sistem ABS dua saluran dengan angkup Nissin dan dua cakera di depan dan tunggal di belakang.

Dari segi reka bentuk, Hawk 11 membawakan gaya retro melalui lampu bulat di depan dan cowl yang diperbuat daripada FRP.

 

Honda Hawk 11

 

Boleh dibayangkan gaya duduk atau postur penunggang dengan topi keledar dan pakaian era 80an dan 90an.

Hanya dua warna yang ditawarkan iaitu Pearl Hawks Eye Blue dan Graphite Black. 

Honda mensasarkan untuk menjual 1,200 unit Hawk 11 di Jepun dan ditawarkan pada harga 1,397,000 yen (RM46,646).

Selepas Jepun, di mana lagi pasaran Hawk 11? Negara kita? Belum pasti.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Honda Hawk 11

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Kemenangan pada tahun ini merupakan tahun kelima berturut-turut produk Honda memenangi anugerah Red…
Berita Global
  Ye Series juga menjadi jawapan kepada yang bertanya di mana EV Honda. Masih awal, belum…
Berita Global
  Nampaknya trend penurunan harga kenderaan elektrik (EV) bukan lagi terpencil. Semasa…