Honda Gold Wing Tour 2023 untuk Jepun, daripada RM113k

oleh Muhammad Md Tajudin|
Honda Gold Wing Tour Graphite Black Jepun 2023
Honda Gold Wing Tour Graphite Black Jepun 2023
Tahukah anda? Motosikal touring Honda Gold Wing dikeluarkan sejak tahun 1974 lagi. Kini berada di dalam generasi keenam (SC79), Gold Wing menghampiri usia setengah abad.

Gold Wing SC79 dikeluarkan pada tahun 2018 dan turut dijual di pasaran tempatan.

Ibarat sofa bergerak dan dilengkapi pelbagai teknologi canggih, Gold Wing dijual pada harga RM210,888.

Untuk pasaran Jepun, Honda telah memperkenalkan Gold Wing Tour 2023 dengan dua warna baharu iaitu Beta Silver Metallic (Dua Tona) dan Graphite Black.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Honda Gold Wing Tour Graphite Black Jepun 2023

 

Sekarang ini ada tiga warna untuk Gold Wing Tour di Jepun atau tambahan kepada Pearl Glare White.

Dengan reka bentuk Gold Wing yang maksimum, letak warna apa pun cantik sama ada biru, hijau, merah atau kuning.

Dua warna baharu ini menyerlahkan karakter yang berbeza, warna perak menaikkan imej besi dan waja manakala hitam membangkitkan aura misteri dan berani.

Enjin SC79E 1.8 liter dengan enam silinder melintang kini mematuhi piawaian ekzos 2020 Jepun.

 

Honda Gold Wing Tour Beta Silver Metallic Jepun 2023

 

Enjin itu menghasilkan 124 kuasa kuda (hp) pada 5,500 rpm dan daya kilas 170 Nm pada 4,500 rpm. Transmisi pula canggih dengan tujuh kelajuan dua klac (DCT).

Untuk tunggangan jauh, Honda membekalkan tangki minyak dengan kapasiti 21 liter.

Dari segi fizikal, Gold Wing Tour memang besar namun tinggi pelana 745 milimeter (mm) dan jarak pelepasan tanah minimum ialah 130 mm.

Berat motosikal 390 kilogram (kg) dan jarak pusingan minimum ialah 3.4 meter. Untuk mengundurkannya gunakan sahaja gear belakang.

 

Honda Gold Wing Tour Beta Silver Metallic Jepun 2023

 

Bagi membawa barangan ketika kembara, Honda menyediakan kotak belakang dengan kapasiti 61 liter dan 121 liter jika digabung bersama kotak tepi.

Dari segi teknologi, Gold Wing Tour canggih dengan beg udara, empat mod tunggangan (Tour, Sport, Econ, Rain), Kawalan Pilihan Tork Honda (HSTC) dan suspensi larasan elektrik.

Turut dilengkapi sistem brek antikunci (ABS), Bantuan Mula Mendaki (HSA), Isyarat Berhenti Kecemasan dan kawalan jelajah.

Honda mensasarkan untuk menjual 400 unit Gold Tour Wing setahun di Jepun dan akan mula diedarkan pada 16 Februari 2023. 

Berapa harganya? 3,465,000 yen (RM112,743.03).

Penulis: Muhammad Md Tajudin