Honda GL1800 Gold Wing 2022 - spesifikasi dikemaskini, harga dari RM210,888

oleh Mohamad Hanif|
Boon Siew Honda baru-baru ini melancarkan kemaskini terhadap penawaran model Honda GL1800 Gold Wing untuk pasaran Malaysia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Antara perubahan yang dibawakan pada kemaskini kali ini adalah seperti berikut:

  • Kapasiti storan bertambah 11 liter kepada 61 liter
  • Pelana dengan balutan kulit sintetik/suede, sudut rehat pembonceng yang lebih relaks
  • Sistem audio yang ditambahbaik, pembesar suara jenis ringan dengan lontaran bunyi yang lebih jelas
  • Sokongan Android Auto kepada sambungan Apple CarPlay sedia ada

 

Gold Wing


Honda GL1800 Gold Wing didatangkan dengan enjin flat-six enam silinder dengan output kuasa 125 hp @ 5,500 rpm dan daya kilas 170 Nm @ 4,500 rpm.

Dari segi kelengkapan, Honda GL1800 Gold Wing 2022 didatangkan dengan unit pencahayaan LED sepenuhnya, diikuti dengan unit lampu kabus berkembar LED.
 

GL


Aspek tunggangan dibantu dengan ciri D-CBS (Dual Combined Brake System), sistem ABS, Hill Start Assist (HSA), Idling Stop, Honda Selectable Torque Control (HSTC), serta pengurusan enjin Throttle-by-Wire yang memberikan pilihan empat mod tunggangan (Tour, Sport, Econ, Rain).

Ditawarkan dalam warna tunggal Pearl Glare White, harga jualan Honda GL1800 Gold Wing bermula dari RM210,888.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Warna baharu itu boleh didapati di semua pengedar Honda sah seluruh negara bermula esok, 22…
Berita Domestik
Warna yang dimaksudkan itu ialah Mat Charcoal Grey Metallic/Gold, Candy Scintillate Red, Force…
Berita Domestik
Warna yang dimaksudkan itu ialah Mat Gunpowder Black Metallic, Candy Diesel Red dan juga Pearl…