Honda FREED Modulo X Concept 2020 tampil di TAS 2020

oleh Muhammad Md Tajudin|
Honda Freed generasi pertama mula dipasarkan pada tahun 2008 di Jepun. Freed kemudian ditawarkan di Indonesia pada 2009 dan di pasaran tempatan pada 2010. MPV mini itu digerakkan oleh enjin 1.5 liter yang sama dengan Jazz dan City. 

Freed generasi kedua dilancarkan di Jepun pada 2016 dan model yang dipertingkatkan pada Ogos 2019 dan tidak lagi dipasarkan di negara kita.

Freed hadir dalam bentuk unik manakala sambutan yang diterima tidak seperti model Honda lain. Menariknya beberapa tahun kemudian Toyota memperkenalkan Sienta, MPV dalam segmen sama ke pasaran tempatan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Honda Freed Hybrid Facelift
Honda Freed Hybrid Facelift

 

Walaupun pasaran untuk segmen ini tidak besar, masih ada pengguna yang menggemarinya. Tambahan pula bukan semua meminati MPV besar seperti Innova atau MPV rendah seperti Stream dan Wish.

Pada Pameran Tokyo Auto Salon 2020 yang bermula bulan ini, Honda membawakan Honda FREED Modulo X Concept 2020. Gayaannya seperti FIT Modulo X Concept dan VEZEL TOURING Modulo X yang kami siarkan sebelum ini.

FREED ini kelihatan lebih garang berbanding FIT Modulo X Concept. Bahagian depan mempunyai bampar baharu dan lampu utama yang nampak lebih gelap berbanding model standard.

 

Honda FREED Modulo X Concept 2020

 

Bahagian tepi dipasangkan skirt sisi dan roda aloi yang sama dengan FREED Hybrid Modulo X 2017. Bahagian belakang kelihatan sporti dengan spoiler besar dan apron pada bampar. Lampu belakang nampak lebih gelap, sama seperti lampu depan.

Honda tidak memaklumkan jika ada perubahan pada enjin dan suspensi. Model FREED Modulo X yang dilancarkan pada 2017 digerakkan oleh enjin 1.5 liter i-VTEC dan Sport Hybrid i-DCD dengan suspensi yang lebih rendah.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Kredit foto: Honda

Berita Berkenaan

Berita Global
Kemenangan pada tahun ini merupakan tahun kelima berturut-turut produk Honda memenangi anugerah Red…
Berita Global
  Ye Series juga menjadi jawapan kepada yang bertanya di mana EV Honda. Masih awal, belum…
Berita Global
  Nampaknya trend penurunan harga kenderaan elektrik (EV) bukan lagi terpencil. Semasa…