Honda Freed facelift terima varian baharu crossover - Freed Crosstar

oleh Mohamad Hanif|
Mungkin ramai yang tidak sedar, Honda Freed sebenarnya sudah pun memasuki generasi kedua pada tahun 2016 bagi menggantikan model terdahulu yang pernah dibawa masuk oleh Honda Malaysia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Generasi kedua ini mempunyai dimensi yang sedikit besar, dan beberapa penambahbaikan namun ciri-ciri Freed yang asal seperti pintu gelongsor dan tiga baris tempat duduk tetap tersedia.

 


Setelah hampir tiga tahun, Freed kini menghampiri pertengahan kitaran model dan menurut satu pengumuman yang dikemaskini oleh Honda Jepun, model facelift MPV mini ini akan dilancarkan secara rasmi pada Oktober nanti. 

Jika dibandingkan dengan model terdahulu, versi facelift ini menampilkan beberapa perubahan seperti yang anda boleh lihat pada bumper hadapan serta gril yang serba baharu.
 


Tambahan kepada perubahan yang dibawakan, sistem keselamatan Honda Sensing juga turut ditawarkan untuk kesemua varian dengan satu ciri baharu - Kawalan Salah Operasi Pedal Mengundur yang mampu menghentikan kenderaan daripada pelanggaran arah belakang, terutama ketika mengundur. 

Ciri di atas melengkapi ciri-ciri lain seperti amaran keluar laluan (LDW), sistem bantuan kekal laluan (LKAS), mitigasi keluar jalan (RDM), sistem brek mitigasi pelanggaran (CMBS), amaran pelanggaran hadapan (FCW) serta kawalan pelayaran adaptif (ACC).  
 


Untuk mereka yang gemar gaya hidup yang serba aktif, Honda Jepun juga bakal menambah sebuah varian crossover yang dikenali dengan nama Freed Crosstar.

Dari segi penawaran enjin, terdapat dua pilihan iaitu enjin 1.5 liter petrol empat silinder sebaris yang dipadankan dengan transmisi CVT, manakala versi 1.5 liter hibrid (Sport Hybrid i-DCD) pula didatangkan dengan transmisi klac berkembar tujuh nisbah kelajuan. 


Honda Freed facelift masih ditawarkan dalam konfigurasi enam tempat duduk dengan dua kerusi kapten di bahagian tengah, atau versi tujuh tempat duduk. 

Pelancaran rasmi Honda Freed facelift ini akan berlangsung pada 18 Oktober 2019.

Sumber: Honda Jepun

Berita Berkenaan

Berita Global
  Model rupa baharu (facelift) diperkenal pada 2019 dan ada buah tangan terbaru untuk pengguna di…
Berita Global
   Ketika diperkenalkan di pasaran tempatan, segmen MPV meriah dengan penawaran Toyota Avanza,…
Berita Global
Honda Freed Hybrid Facelift   Walaupun pasaran untuk segmen ini tidak besar, masih ada…