Honda Freed cecah 1 juta unit! Pernah dipasarkan di negara kita

oleh Muhammad Md Tajudin|
Honda Freed Modulo X
Honda Freed Modulo X
Honda Freed adalah sebuah model yang unik, bentuknya tinggi dan pendek namun boleh memuatkan tujuh penumpang.

Dengan ciri-ciri tersebut Freed diletakkan di dalam kategori MPV mini.

Berkongsi platform dan enjin 1.5 liter dengan Jazz dan City, Freed generasi pertama dipasarkan di Jepun pada tahun 2008.

Tidak hanya dijual di Jepun, Freed ditawarkan di Indonesia pada tahun 2009 dan turut dipasang di sana.

Negara kita tidak ketinggalan dan Freed dibawa masuk dari Indonesia dan dilancarkan pada tahun 2010. 

Negara lain yang menerima Freed ialah Thailand dan Hong Kong. 
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

  

Honda Freed Spike Hybrid 2011.jpg

Ketika diperkenalkan di pasaran tempatan, segmen MPV meriah dengan penawaran Toyota Avanza, Nissan Grand Livina dan Proton Exora.

Freed pula berada di dalam segmen premium pada harga RM112,980.

Pada tahun 2012 Honda Malaysia memperkenalkan Freed S dengan beberapa kelengkapan dikurangkan dan dijual pada harga RM99,800.

Beberapa tahun di pasaran, Freed facelift dilancarkan pada tahun 2013 dan dijual pada harga RM99,800 dan RM113,500.

Freed generasi kedua dilancarkan di Jepun pada 2016 dan tidak seperti sebelumnya model ini tidak lagi dijual di negara kita. 

Honda Freed Hybrid

 

Bentuk generasi kedua masih kekal sama, tinggi dan pendek dan hadir dengan gaya  kontemporari. 

Versi facelift diperkenalkan di Jepun pada tahun 2019 dan dilengkapi teknologi bantuan pemanduan Honda Sensing sebagai ciri standard untuk kesemua varian.

Lebih 13 tahun ditawarkan dan dengan bilangan pasaran yang terhad, berapakah jualan Freed?

Suatu yang menarik apabila Honda mengumumkan jualan kumulatif Freed setakat Jun 2021 telah pun mencecah sejuta unit!

Apakah yang menyumbang kepada populariti Freed? 

 

Honda Freed+ Crosstar

 

Freed dilihat sebagai kereta yang sesuai untuk kehidupan harian dan aktiviti sampingan pengguna di Jepun.

Saiznya tidak besar dan tidak kecil, boleh memuatkan ramai penumpang ditambah pula dengan varian hibrid dan teknologi Honda Sensing.

Honda sebenarnya menjual kereta dengan pakej yang cukup dan tahukah anda apa maksud Freed?

Ianya berasal dari perkataan Freedom (kebebasan) dan turut membawa maksud Free + do.

Memang sesuai karakter Freed ini dengan namanya!

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Honda Freed Modulo X

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Kemenangan pada tahun ini merupakan tahun kelima berturut-turut produk Honda memenangi anugerah Red…
Berita Global
  Ye Series juga menjadi jawapan kepada yang bertanya di mana EV Honda. Masih awal, belum…
Berita Global
  Nampaknya trend penurunan harga kenderaan elektrik (EV) bukan lagi terpencil. Semasa…