Honda Forza 250 2021 dilancarkan - bermula dari RM25,388

oleh Mohamad Hanif|
Boon Siew Honda mengumumkan pelancaran skuter terbaharu Honda Forza 250 cc 2021 dengan reka bentuk yang lebih stailo dan agresif, dan sesuai untuk digunakan oleh kebanyakan para pemegang Lesen motosikal B2.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Honda FORZA 250 didatangkan dengan enjin 250 cc SOHC eSP+ dengan sistem pancitan bahan api PGM-FI yang menghasilkan 22 hp @ 7,750 rpm dan daya kilas maksimum 22.6 Nm @ 6,250 rpm.

 


Ciri yang dimuatkan pada Honda FORZA 2021 termasuklah lampu LED depan dan belakang, rekaan panel badan yang tajam dan agresif, cermin penghadang angin 180 mm boleh laras berkuasa elektrik, slot pengecasan USB, kapasiti storan yang mampu memuatkan dua helmet dan kapasiti tangki bahan api sebesar 11.7 liter.

Selain daripada itu, ciri keselamatan yang didatangkan termasuklah lampu berhenti kecemasan (ESS), brek anti-kunci ABS dua saluran, Honda Selectable Torque Control (HSTC), dan sistem kunci pintar Honda Smart Key System.

 


Terdapat tiga warna ditawarkan iaitu Matte Gunpowder Black Metallic, Pearl Horizon White, dan Candy Rosy Red.

Harga jualan bermula dari RM25,388 dan boleh didapati di kesemua cawangan Honda BigWing, Impian X dan Impian bermula 22 Mac 2021.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Model terbaru ini tampil dengan perubahan pada hiasan (garnish) lampu besar, panel sisi depan,…
Berita Global
Sama seperti kembarnya Forza 350, Honda Forza 250 banyak membawakan persamaan dan perkongsian ciri…