Honda FIT HOME BLACK STYLE, 1.5L i-VTEC biasa dan hibrid, daripada RM65 ribu

oleh Muhammad Md Tajudin|
Honda FIT e:HEV HOME BLACK STYLE
Honda FIT e:HEV HOME BLACK STYLE
Honda Jazz atau Fit generasi keempat dijual di Jepun, Eropah dan China dan tidak kurang yang merasa kecewa apabila model itu tiada di pasaran tempatan.

Peluang masih wujud dan anda boleh mendapatkannya dari kedai pengimport bebas.

Walaupun tidak boleh memiliki Jazz melalui saluran rasmi, Honda menggantikannya dengan City hatchback dan WR-V yang memiliki pakej harga dan kelengkapan menarik.

Terbaru di Jepun Honda memperkenalkan Fit HOME BLACK STYLE dalam warna cantik Premium Crystal Red Metallic selain tiga pilihan lain.
AION MREC Banner Campaign May 2024
Honda FIT e:HEV HOME BLACK STYLE 2024

 

Jika di pasaran luar Honda menggunakan nama Black Edition, di Jepun pengguna ditawarkan BLACK STYLE dengan perkakasan hitam.

Fit yang ditawarkan ini diasaskan dari varian HOME dan dilengkapi perkakasan khas seperti jeriji depan hitam krom, skirt sisi dan suis stereng hitam piano.

Skirt depan dan rim 15 inci berwarna hitam dan begitu juga perkakasan yang menepati tema BLACK STYLE.

 

Honda FIT e:HEV HOME BLACK STYLE 2024

 

Berikut perkakasan pada Honda Fit BLACK STYLE:

  • Jeriji depan hitam krom
  • Skirt bampar depan BLACK STYLE hitam
  • Skirt sisi hitam piano
  • Pendakap but hitam
  • Spoiler hitam
  • Rim 15 inci BLACK STYLE warna Berlina Black dan nat hitam
  • Perumah cermin sisi hitam
  • Bingkai suis stereng dan pemegang cawan, panel gear hitam piano
Honda FIT eHEV HOME BLACK STYLE 2024

 

Walaupun Honda sibuk mengenengahkan rangkaian kuasa hibrid atau e:HEV, Fit masih lagi ditawarkan dengan enjin 1.5 liter i-VTEC biasa.

Enjin itu dipadan bersama kotak gear CVT dengan penukar kilasan dan menghasilkan 118 ps pada 6,600 rpm dan tork 142Nm pada 4,300 rpm.

Enjin 1.5 liter i-VTEC e:HEV dengan dua motor dan eCVT lebih bertenaga melalui kuasa 106 ps dari 6,000 sehingga 6,400 rpm dan tork 127Nm dari 4,500 sehingga 5,000 rpm.

Kuasa enjin petrol dibantu motor elektrik yang memiliki 123 ps dari 3,500 sehingga 8,000 rpm dan tork 253Nm dari pegun sehingga 3,000 rpm.

Kedua-dua jenis enjin boleh dipesan bersama pacuan depan (FF) atau empat roda (4WD).

 

Honda FIT eHEV HOME BLACK STYLE 2024

 

Selain kuasa spontan, i-VTEC e:HEV pula lebih jimat menelan petrol* seperti perbandingan berikut:

Honda Fit Home BLACK STYLE:

  • FF: 18.5 km/l
  • 4WD: 16.4 km/l

Honda FIT e:HEV HOME BLACK STYLE:

  • FF: 28.9 km/l
  • 4WD: 24.4 km/l

*Berdasarkan mod WLTC

 

Honda FIT e:HEV HOME BLACK STYLE 2024

 

Berikut harga Honda Fit HOME BLACK STYLE mengikut varian:

Honda Fit Home BLACK STYLE:

  • FF: 2,015,200 yen (RM65,566)
  • 4WD: 2,216,500 yen (RM72,115)

Honda FIT e:HEV HOME BLACK STYLE:

  • FF: 2,371,600 yen (RM77,162)
  • 4WD: 2,574,000 yen (RM83,747)

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Honda FIT e:HEV HOME BLACK STYLE 2024