Honda Fit facelift dapat varian sporti RS di Jepun, trenkuasa e:HEV dipertingkat

oleh Mohamad Hanif|
Generasi keempat Honda Fit/Jazz yang tidak memasuki pasaran Malaysia telah pun dilancarkan pada tahun 2019, dan kini model hatchback tersebut telah dikemaskini dengan kehadiran model facelift di pasaran Jepun.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Model Fit yang telah dikemaskini itu akan muncul pada musim luruh 2022 dengan setiap satu varian (Basic, Home, Luxe, Crosstar) termasuk varian baharu RS diberikan perubahan yang spesifik berbanding model pra-facelift.
 

RS


Versi yang paling sporti RS didatangkan dengan penggayaan yang agresif seperti rekaan mesh baharu pada jeriji hadapan, bampar yang direka semula dengan liang kemasukan yang sedikit besar, lencana RS, rim aloi yang lebih besar serta spoiler di bahagian belakang.

Sementara ruang kabin pula mendapat kemasan jahitan kontras pada roda stereng, paddle shifter yang mampu mengawal ciri brek regeneratif, pemilihan mod pemanduan, serta kelengkapan standard seperti skrin klusteri digital tujuh inci dan skrin infotainmen bersaiz sembilan inci.
 

RS


Di Jepun, Fit RS didatangkan dengan trenkuasa e:HEV di mana menurut Honda sistem itu dikatakan telah dipertingkatkan kuasanya serta respon pendikit yang lebih baik.

Berdasarkan penawaran terdahulu, Fit/Jazz e:HEV didatangkan dengan padanan enjin 1.5 liter NA dan dua motor elektrik yang mampu menghasilkan 109 PS dan 253 Nm, sementara sistem yang terdapat pada HR-V e:HEV pula berupaya menjana kuasa 129 hp dan 253 Nm.

Butiran lanjut beserta harga jualan Honda Fit hanya akan diumumkan menjelang pelancaran rasmi di Jepun kelak.

Berita Berkenaan

Berita Global
  Jika di pasaran luar Honda menggunakan nama Black Edition, di Jepun pengguna ditawarkan BLACK…
Berita Global
  Aksesori yang ditawarkan tidak begitu ketara hingga mengubah terus Fit e:HEV RS dan hanya…
Berita Global
Selain daripada varian seperti Basic, Home, Luxe, dan juga Crosstar, Honda Fit kini boleh didapati…