Honda Fit EV dapat nyawa kedua - sebagai sistem storan tenaga grid nasional

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Tahukah anda, apakah nasib yang bakal diterima oleh kereta EV terpakai di luar negara? 

Adakah kenderaan tersebut akan terus dilupuskan? Dan jika dilupuskan, apakah cara yang terbaik untuk mengendalikan pek bateri EV yang diketahui sangat mahal dan kompleks itu? 

Di Amerika, Honda percaya kereta EV terpakai ini masih lagi mempunyai fungsi walaupun tiada siapa yang mahukan sebuah EV terpakai. 
 


Syarikat pengeluar dari Jepun itu bekerjasama dengan American Electric Power dari Ohio menjalankan proses penyelidikan dengan tujuan untuk memberikan 'nyawa kedua' kepada kereta EV terpakai. 

Menggunakan Honda Fit EV, unit-unit terpakai tersebut disambungkan kepada sistem grid elektrik sebagai sistem storan tambahan, di mana tenaga yang berlebihan daripada sistem grid akan disimpan pada pek bateri kereta. 

Menurut Ryan Harty, pengurus Connected and Environmental Business Honda Amerika berkata, "penyelidikan bersama AEP ini dilihat mampu untuk meningkatkan keselamatan bekalan tenaga, mengurangkan karbon dioksida, selain mempersiapkan diri untuk elektrifikasi sistem pengangkutan pada skala yang lebih besar.
 


"Ia merupakan satu projek bersama, tiada pengeluar mahupun pengendali perkhidmatan tenaga yang dapat menyelesaikan isu kompleks ini bersendirian," tambah beliau.

Honda Fit EV dilancarkan pada tahun 2012 sebagai sebuah kenderaan yang dikhususkan untuk sistem pajakan sahaja, dan peranan hatchback elektrik ini telah digantikan oleh keluarga Clarity, termasuklah model Honda Clarity Electric.