Honda Everus VE-1 dilancarkan di China - harga jualan RM103k

oleh Mohamad Hanif|
Pasaran China telah menerima kemasukan crossover elektrik daripada Honda, iaitu Everus VE-1 hasil kerjasama diantara pengeluar daripada Jepun itu dengan syarikat China GAC Group.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Honda Everus VE-1 dibangunkan daripada platform crossover HR-V dan menggunakan kuasa elektrik sepenuhnya yang dibekalkan oleh pek bateri berkuasa 53.6 kWh. 

Berdasarkan kiraan data daripada NEDC, Honda Everus VE-1 ini mampu mencapai jarak pengoperasian sejauh 340 km dengan sekali cas, terima kasih kepada motor elektrik tunggal berkuasa 163 kuasa kuda dan daya kilas 280 Nm itu.
 


Menurut laporan, crossover elektrik ini bakal mengadaptasikan kemasan dan trim yang berbeza berbanding kembarnya HR-V, sebelum diakhiri dengan penampilan rim bersaiz 17 inci.

Tiga mod pemanduan ditawarkan iaitu Normal, Battery Saver dan juga mod pemanduan Sporty bagi pemilik yang berjiwa kelajuan. 
 


Harga jualan bagi crossover elektrik di China ini adalah sekitar 170,800 yuan (RM103k++), tambahan kira-kira 42,500 yuan (RM26k++) kepada model Honda HR-V yang turut dijual di pasaran tersebut.