Penapis udara kabin itu dihasilkan dengan kerjasama Freudenberg, dan ditawarkan sebagai alat ganti tulen Honda sebagai alternatif kepada penapis zarah standard Honda.
Ia menggunakan rekaan berbilang lapisan yang unik dan mampu untuk menapis, menangkap dan mengekang kemasukan gas persekitaran yang bahaya, zarah dan juga aerosol secara aktif.
Dua lapisan mikrofiber pertama digunakan untuk memerangkap aerosol, debu dan debunga yang sangat halus, sementara lapisan ketiga yang diperbuat daripada karbon yang diaktifkan itu bertanggungjawab untuk menyerap pencemaran yang berbahaya seperti gas asid.
Lapisan keempat biofungsi yang inovatif itu pula dilapisi dengan bahan aktif daripada ekstrak buah di mana ia terbukti berkesan untuk menangkap partikel virus dan menghalangnya daripada terus memasuki ruang kabin.
Honda Eropah juga turut menyarankan para pemandu supaya sentiasa menyalurkan udara segar ke dalam kabin bagi memaksimumkan pencairan aerosol yang dibawa menerusi udara, selain melakukan penukaran penapis udara kabin dengan lebih kerap untuk mengekalkan perlindungan yang optimum.