Honda e Type R mungkin bakal jadi kenyataan!

oleh Mohamad Hanif|
Walaupun sebelum ini kami pernah melaporkan bahawa Honda tidak akan membangunkan sebuah Honda e Type R, kenyataan sebaliknya diperoleh daripada Takahiro Shinya, Ketua Projek Besar Honda.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut Shinya memberitahu Top Gear, Honda e varian Type R berkemungkinan besar akan menyertai barisan penjualan dalam masa akan datang. 

"Apa yang kami boleh katakan, kami sukakan Type R, ia sebuah jenama halo yang sudah dikenali. 

"Sebagai jurutera, kami mahu hasilkan varian Type R untuk setiap model, akan tetapi ia tertakluk kepada pelanggan sama ada mereka mahukannya ataupun tidak.

Ketika ditanya dengan lebih lanjut, Shinya menjelaskan bahawa mereka bakal membawakan model yang lebih pantas dalam masa beberapa tahun akan datang. 

 


Honda e merupakan sebuah hatchback berkuasa elektrik pacuan roda belakang dengan dua output kuasa - 136 hp dan 154 hp serta daya kilas 232 Nm dengan prestasi pecutan sepantas 8.3 saat dari 0-100 km/j.

Pek bateri 35.5 kWh yang dipasang pada Honda e mampu memberikan jarak operasi sejauh 220 kilometer.

Jika benar Honda e Type R bakal menjadi kenyataan, ia bakal menjadi sebuah Type R pacuan roda belakang selepas kemunculan pertama model Type R Honda NSX pada tahun 1992.

Sebelum ini, ketua projek Honda e Kohei Hitomi memberitahu bahawa mereka mahu membawakan dimensi baharu kepada para pelanggan Honda menerusi model e tersebut. 

Beliau turut menambah, Honda e Type R tidaklah termasuk di dalam perancangan mereka buat masa ini. 

Sumber: Top Gear

Berita Berkenaan

Berita Global
Adakah ini bermakna satu hari nanti, akan ada model Type R berkuasa elektrik?  Jawapan Hideki…
Berita Global
Namun, ada satu kekurangan ketara yang terdapat pada Honda e - tiada sebarang versi prestasi tinggi…