Honda e sudah boleh ditempah dengan bayaran RM4.2K sahaja

oleh Muhammad Md Tajudin|
Honda bakal melancarkan kereta elektrik (EV) yang pertama dikenali sebagai e. Iya, namanya begitu ringkas dan boleh dikenali di serata dunia. Tidak perlu dua nama seperti Jazz dan Fit untuk pasaran berbeza.

Honda hanya akan melancarkan e pada tahun depan dan kempen mengenainya telah pun bermula. Terbaru Honda mengumumkan tempahan telah dibuka untuk pasaran United Kingdom, Jerman, Perancis dan Norway.

Pelanggan yang berminat boleh membuat tempahan untuk keutamaan pembelian di laman web khas dengan bayaran sebanyak £800 (RM4,244) sahaja.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Honda e

Setelah itu pelanggan boleh membuat pesanan pada hujung tahun ini dengan penghantaran bermula Mac tahun depan.

Sebelum pengumuman ini dibuat, Honda e sudah pun menerima sambutan hangat. Pendaftaran minat daripada pasaran Eropah telah pun melebihi 25,000 walaupun rupa sebenar tidak didedahkan sepenuhnya lagi.

Honda e baru sangat didedahkan kepada umum, prototaipnya di bawa ke Pameran Kenderaan Geneva 2019 pada Mac lalu. Prototaip yang dipertontonkan tersebut mengekalkan banyak elemen daripada Honda Urban EV Concept 2017.

Honda e

Dengan reka bentuk tidak jauh berbeza daripada model konsep dan sambutan yang diterima nampaknya percaturan Honda tepat pada masanya.

Formula reka bentuk Honda senang sahaja, terapkan elemen retro ala Honda Civic 70an dan padankan dengan teknologi elektrik.

Tidak perlu susah-susah untuk menggunakan reka bentuk futuristik yang sukar dihadam orang ramai.

Satu lagi perkara menarik ialah e akan dipacu dengan roda belakang yang pastinya membawa sensasi tersendiri. Cuma satu perkara yang tidak setara dengan pesaing seperti Nissan LEAF ialah jarak pemanduan yang lebih daripada 201 km sahaja.

Honda e

Nissan LEAF boleh dipandu lebih daripada 300 km untuk satu cas penuh. Walaupun jarak pemanduan e tidak jauh mana, baterinya mampu dicas pantas sehingga 80 peratus dalam masa 30 minit sahaja.

Apa yang pemandu boleh buat ialah cari parkir yang mempunyai poin pengecasan dan tinggalkan di situ sementara makan tengah hari atau membeli barang keperluan.

Selain pengumuman tempahan, Honda turut mendedahkan lima pilihan warna iaitu Platinum White Metallic, Crystal Black Pearl, Crystal Blue Metallic, Modern Steel Metallic dan Charge Yellow.

Honda e

Honda tidak memberikan indikatif harga atau pasaran selain Eropah untuk e ini ditawarkan. Berdasarkan harga EV lain, kami berpendapat Honda e akan dipasarkan pada harga sekitar RM100,000.

Iya, EV tidak murah dan kami tertanya bagaimana pengeluar akan berhadapan dengan pasaran Asia Tenggara. Atau tunggu sahaja kebanjiran EV daripada China?

Penulis: Muhammad Md Tajudin

*1 GBP = RM5.305

Honda e

 

Tags

Berita Berkenaan

Berita Global
  Seperti kei-car lain, N-VAN digerakkan enjin 660 cc bagi varian G, L, FUN, FUN STYLE+ NATURE …
Berita Global
Kemenangan pada tahun ini merupakan tahun kelima berturut-turut produk Honda memenangi anugerah Red…
Berita Global
  Ye Series juga menjadi jawapan kepada yang bertanya di mana EV Honda. Masih awal, belum…