Honda e-Drag - jentera drag berkuasa elektrik yang comel dan ringan

oleh Mohamad Hanif|
Honda e merupakan sebuah EV yang comel lote, diproduksikan khusus untuk kegunaan dalam bandar, akan tetapi mampu bergerak sejauh 200 km sebelum pemandu perlu berhenti dan pengecas kereta ini.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Walaupun sebuah EV, ia merupakan sebuah hatchback dengan pacuan roda belakang dan memiliki sistem suspensi bebas pada keempat-empat sudut.

Jadi, bagaimana jika suatu hari nanti, perlumbaan drag dikuasai oleh jentera elektrik?

 


Ini yang cuba digambarkan menerusi kehadiran sebuah kereta lumba drag yang digelar sebagai e-Drag ketika acara maya Tokyo Auto Salon baru-baru ini.

Sebagai sebuah EV, antara kriteria yang tidak ada pada sebuah kereta berenjin pembakaran dalaman adalah daya kilas segera yang mampu diakses saat pedal pendikit ditekan, dan ini memberikan pecutan yang diinginkan dalam masa yang lebih singkat.

Namun, Honda tidak mendedahkan secara rasmi spesifikasi yang bakal digunakan pada e-Drag ini.

 


Honda e yang telah mula dijual semenjak tahun lalu memiliki output sehingga 154 kuasa kuda, daya kilas 315 Nm dan pecutan yang dihadkan kepada lapan saat untuk mencapai 100 km/j dari pegun.

Sudah semestinya had tersebut akan dibuang bagi memberikan manfaat kepada jentera e-Drag ini.

Panel badan pula diperbuat daripada polimer diperkukuh gentian karbon (CFRP) beserta cagak yang lebih ringkas bagi mengurangkan lagi berat badan sedia ada.

 


Sementara roda aloi 17 inci itu pula dipinjamkan daripada Honda NSX (padanlah macam pernah nampak!) yang dibaluti tayar slick.

Sistem suspensi pula akan dinaiktaraf untuk disesuaikan dengan sifatnya sebagai sebuah jentera drag.

Untuk mengurangkan lagi berat sedia ada, segala elemen yang tidak diperlukan untuk sebuah jentera drag telah dibuang, hanya tempat duduk bucket hadapan dan sangkar keselamatan sahaja yang dipasang baharu.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Ini kerana Honda telah memperlihatkan secara rasmi dua buah model jentera lumba yang bakal…