Honda e diperkenal di Jepun, harga dari RM178k!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Honda e JDM
Honda e JDM
Honda e adalah sebuah kereta elektrik comel dengan reka bentuk retro seperti Civic generasi pertama.

Pada Mei 2019 Honda e pertama kali ditawarkan di beberapa pasaran terpilih Eropah dan menjelang September menerima 40,000 pendaftaran minat.

Kini giliran Jepun pula dan dijadual memasuki pasaran pada 30 Oktober 2020. 

Dari segi reka bentuk, Honda e ringkas tanpa lekukan dan permukaan rumit dan tampil bersahaja.

Walaupun membawa pengaruh ringkas dan retro, Honda e kelihatan moden dengan lampu LED dan berbentuk bulat pada bahagian depan dan belakang.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Honda e JDM

Di bahagian luar kereta tiada cermin sisi dan diganti kamera yang menayangkan imej kenderaan atau objek secara langsung melalui skrin saiz enam inci pada kedua-dua bucu papan pemuka.

Satu lagi ciri canggih ialah pembuka pintu jenis tersimpan ke dalam dan keluar secara automatik apabila pemandu menghampiri kereta dengan membawa kunci pintar Honda.

Menjengah ke dalam, Honda menggunakan tema ala ruang kediaman dengan panel seperti kayu perabot.

Papan pemuka pula bukan seperti kebiasaan, Honda meletakkan skrin digital penuh dan nampak seperti televisyen di ruang tamu.

 

Honda e JDM

 

Honda e juga mesra pengguna, apabila pemandu berada di dalam dan menutup pintu, sistem mengesan kehadiran tersebut dan kereta dihidupkan secara automatik. 

Pemandu hanya perlu menekan butang D selepas memakai tali keledar dan memijak padel untuk memandu. Kereta dinyah aktif apabila pemandu keluar dan menutup pintu.

Selain kunci fizikal, pemilik boleh muat turun aplikasi khas dan menggunakannya sebagai kunci digital.

Terasa seperti filem sains fiksyen bukan? Canggih dari luar ke dalam dengan reka bentuk ibarat kediaman minimalis seperti di Jepun. 

 

Honda e JDM

 

Dari segi rangkaian kuasa, Honda tidak memperincikan spesifikasi model domestik Jepun (JDM) dan sebagai rujukan, motor elektrik Honda e pasaran Eropah berkuasa 110 kW (148hp) dengan tork 300 Nm.

Honda e pasaran Eropah dibekalkan bateri berkuasa 35.5 kWh dan boleh dipandu sehingga 200 km.

Satu lagi keunikan Honda e apabila ianya dipacu roda belakang (RWD) dengan motor pada bahagian tersebut dan menggunakan suspensi jenis bebas pada keempat-empat sudut roda.

Honda e JDM

 

Untuk seleksi pemanduan pula, ada dua mod iaitu NORMAL dan SPORT selain padel tunggal untuk meningkatkan dan memperlahankan kereta.

Dari segi keselamatan, model kompak ini dilengkapi dengan pelbagai teknologi bantuan Honda SENSING.

Bagaimana dengan harga? Ada dua varian iaitu Honda e standard pada 4,510,000 yen (RM178,315) manakala Honda e Advance pada 4,950,000 yen (RM195,711).

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Kredit foto: Honda

Berita Berkenaan

Berita Global
Serentak dengan itu, Honda turut memaparkan satu mesej pada laman web di Jepun yang menyebut, "…
Berita Global
Untuk sebuah kereta di dalam kategori urban, Honda e sudah cukup cantik dengan jarak gerak sejauh…
Berita Global
Sayang sekali, tidak banyak perubahan teknikal dibawakan pada model edisi terhad ini, melainkan…