Honda e dilengkapi lima skrin digital berwarna!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Honda nampaknya bersungguh-sungguh dalam memasarkan e, model elektriknya yang pertama dan bakal menemui pelanggan di Eropah pada tahun depan. Honda mengeluarkan sedikit demi sedikit maklumat tentang model ini dan yang terbaru ialah teknologi yang digunakan di dalam kabin.

Kebiasaannya model konsep tampil canggih berbanding model produksi dan rujukan kepada realiti adalah sahih setakat permukaan sahaja. Sama seperti Honda e, model prototaip tampil canggih dengan skrin yang lebar memenuhi papan pemuka.

Tetapi berdasarkan maklumat terbaru yang dikongsi, Honda membayangkan e bakal tampil dengan perbezaan yang tidak jauh daripada model prototaip. 
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Honda e

Bayangan tersebut termasuk pengesahan bahawa Honda e akan dilengkapi papan pemuka digital dengan lima skrin digital berwarna! Kenapa sampai lima atau lebar sangat?

Honda e sebenarnya tidak mempunyai cermin sisi dan ia digantikan dengan kamera digital (Side Camera Mirror System), rakaman yang dibuat kemudian dipaparkan pada bahagian kanan dan kiri papan pemuka. Paparan Centre Camera Mirror System pula menayangkan imej daripada kamera berpusat untuk meningkatkan lagi tahap penglihatan pemandu.

Paparan di sebalik stereng pula berukuran 8.8 inci yang mempamerkan maklumat penting kereta seperti kuasa, status cas, mod pemanduan dan perincian ciri keselamatan. Paparan tersebut menggantikan meter konvensional pada kereta hari ini.

 

Honda e

 

Papan pemuka digital Honda e didominasi oleh dua skrin sesentuh LCD berukuran 12.3 inci. Skrin tersebut memaparkan maklumat infohibur termasuk aplikasi dan perkhidmatan pintar.

Antaramuka yang digunakan boleh diubah mengikut citarasa peribadi dan ia menukar kereta daripada sekadar pengangkutan kepada peranti bergerak dalam memudahkan urusan harian pemandu.

Cara guna sama seperti telefon pintar, hanya geser untuk memilih aplikasi yang dimahukan. Memandangkan ia terdiri daripada dua skrin utama, penumpang juga boleh bermain dengan aplikasi yang ada tanpa menggangu pemandu.

Dalam masa yang sama pemandu fokus kepada aplikasi navigasi penumpang sisi boleh melayari skrin lagi satu untuk meneroka muzik yang digemari.

 

Honda e

 

Selain skrin yang memenuhi papan pemuka, Honda e juga canggih dengan teknologi arahan suara melalui sistem Honda Personal Assistant. Sistem ini diaktifkan dengan mudah iaitu hanya sebut OK Honda disusuli soalan dan arahan.

Sistem ini juga beroperasi berasaskan machine learning dalam membina pemahaman terhadap arahan individu seterusnya beroperasi dengan cekap dan tepat.

Honda e adalah lambang komitmen Honda di dalam bidang elektrifikasi dan syarikat itu mensasarkan 100 peratus jualan di Eropah menjelang 2025 akan menggunakan teknologi elektrifikasi. Untuk itu amat penting Honda e berjaya supaya Honda boleh terus berinovasi dan meluaskan tawarannya ke serata dunia.

Sejak tawaran dibuka nampaknya Honda e berada di landasan yang betul dalam meraih sambutan hangat apabila Honda telah pun menerima 36,000 pendaftaran minat melalui laman web khas.

Masakan tidak hangat, rekabentuknya memang comel ala Honda Civic old school!

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Honda e

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Kemenangan pada tahun ini merupakan tahun kelima berturut-turut produk Honda memenangi anugerah Red…
Berita Global
  Ye Series juga menjadi jawapan kepada yang bertanya di mana EV Honda. Masih awal, belum…
Berita Global
  Nampaknya trend penurunan harga kenderaan elektrik (EV) bukan lagi terpencil. Semasa…