Honda e 2020 - 152 hp/315 Nm, pecutan sepantas 8 saat (0-100 km/j)!

oleh Mohamad Hanif|
Kita semua sedia maklum, Honda telah menjamin bahawa model hatchback berkuasa elektrik Honda e Prototype adalah 99 peratus serupa dengan model produksi massa.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menerusi satu siaran rasmi yang dibuat oleh Honda, ia sudah dipastikan bahawa Honda e akan membuat kemunculan rasmi pada acara Frankfurt Motor Show minggu hadapan.

Spesifikasi rasmi juga turut diumumkan, dengan dua opsyen trenkuasa bakal ditawarkan iaitu 134 hp dan juga 152 hp dengan daya kilas 315 Nm. 

Dari segi pecutan menerusi roda belakang, versi lebih berkuasa mampu mencapai masa sepantas 8 saat dari 0-100 km/j.

 


Ada sebab kenapa Honda memilih roda belakang sebagai pacuan utama, kerana Honda mahu kereta masa hadapan mereka lebih responsif, dan memberikan pemanduan yang lebih sporti dan menyeronokkan. 

Terima kasih kepada pek bateri 35.5 kWh yang dipasang, Honda e mampu mencapai jarak operasi sejauh 220 km, di mana mengikut kata Honda "mencukupi untuk pemanduan urban". 

Manakala sistem pengecasan pantas pula mampu memberikan kapasiti 80 peratus dalam masa hanya 30 minit sahaja. 
 


Memasuki ruang kabin, Honda e menawarkan sehingga lima paparan skrin digital merentangi papan pemuka termasuk skrin berkembar  infotainmen dengan ciri mobiliti terhubung dan dua skrin paparan sisi kenderaan. 

Tiada sebarang cermin sisi dipasang pada Honda e dan fungsi ini telah digantikan oleh penggunaan kamera sisi yang mampu menghantar paparan imej masa nyata menerusi dua buah skrin itu tadi. 

Ciri kepintaran buatan juga menjadi sebahagian daripada Honda e menerusi ciri Honda Personal Assistant yang boleh diaktifkan menerusi kata sapaan "OK Honda".

Manakala bagi memudahkan pemandu mengakses data-data pemanduan seperti status bateri, jarak operasi, kawalan iklim serta sistem keselamatan, mereka boleh memuat turun aplikasi My Honda+ untuk berbuat demikian. 

 


Setakat ini, Honda telah membuka tempahan bagi para pelanggan di UK, Jerman, Perancis dan juga Norway manakala harga jualan rasmi masih belum ditetapkan. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Serentak dengan itu, Honda turut memaparkan satu mesej pada laman web di Jepun yang menyebut, "…
Berita Global
Untuk sebuah kereta di dalam kategori urban, Honda e sudah cukup cantik dengan jarak gerak sejauh…
Berita Global
Sayang sekali, tidak banyak perubahan teknikal dibawakan pada model edisi terhad ini, melainkan…