Honda dedah teaser generasi baharu Stepwgn, hadir dengan trenkuasa e:HEV

oleh Mohamad Hanif|
Generasi kelima Honda Stepwgn merupakan versi MPV Honda yang tidak ditawarkan di pasaran Malaysia secara rasmi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ciri yang menarik perhatian penulis pada Stepwgn ini sudah pasti pintu tailgate inovatif yang digelar sebagai Waku Waku Gate, boleh dibuka seperti biasa, atau dibuka seperti pintu peti sejuk.

Namun, minivan yang menjadi pesaing kepada Toyota Noah dan Voxy itu kini sudah pun menghampiri penghujung hayat generasi kelima sejak dilancarkan pada tahun 2015.
 

Stepwgn


Honda memberikan bayangan generasi baharu bakal muncul pada 7 Januari depan menerusi beberapa keping gambar acah, serta penawaran trenkuasa e:HEV yang lebih efisien.

Dari segi rupa, ia masih lagi membawakan reka bentuk minivan dengan perkadaran dua kotak, garis tingkap yang lebih mendatar serta rekaan belakang yang rata.

Unit lampu serba baharu itu menampilkan lampu membelok jenis dinamik LED, sementara komponen gril pula didatangkan dengan kemasan krom satin.
 

Stepwgn


Gambar teaser yang dibekalkan itu juga turut menampilkan reka bentuk ruang kabin tiga baris tempat duduk yang mampu memuatkan sehingga enam orang pada satu-satu masa, dengan tempat duduk baris kedua individu yang turut mempunyai tempat merehatkan kaki yang tersendiri.

Rekaan papan pemuka pula menempatkan skrin infotainmen yang besar.

Lebih banyak perincian bakal didedahkan menjelang pelancaran rasmi pada 7 Januari ini.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pemenang hadiah utama ialah Channumathy Manogaran dari Klang yang membawa pulang sebuah Perodua…