Honda dedah imej acah CR-V generasi baharu

oleh Mohamad Hanif|
SUV segmen C Honda CR-V generasi kelima telah pun muncul di pasaran sejak daripada tahun 2016 lagi, dan sudah tiba masanya bagi pengeluar itu untuk menggantikannya dengan model generasi baharu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Setelah beberapa kali model ujian diintip, diikuti dengan gambar paten yang tertiris di media dalam talian, Honda akhirnya mendedahkan beberapa keping gambar acah yang memaparkan kelibat rupa sebenar SUV yang bakal dilancarkan kelak.

Ia dilihat membawakan penggayaan yang serba baharu terutama pada bahagian belakang seakan sebuah model Volvo, diikuti dengan rekaan jeriji hadapan yang lebih besar.
 

CR_V


Selain itu, Honda juga akan turut menekankan penggunaan trenkuasa hibrid baharu, dengan niat untuk menjadikan model hibrid separuh daripada jumlah jualan SUV tersebut.

Menurut Honda, sistem hibrid baharu ini lebih maju yang mampu menawarkan pengalaman pemanduan yang lebih sporti, serta lebih berkuasa.

Honda CR-V 2023 ini akan diperlihatkan secara rasmi pada musim panas tahun ini.

 

Berita Berkenaan

Telah Diuji
Siapa yang tidak kenal dengan SUV Honda CRV yang merupakan SUV terbesar dalam kalangan keluarga SUV…
Telah Diuji
Varian tertinggi terbaharu ini merupakan gabungan trenkuasa hibrid antara petrol dan motor elektrik…
Berita Global
Namun, bagi mereka yang memiliki pandangan yang tajam boleh membezakannya dengan melihat struktur…