Untuk pasaran Amerika, Honda menjanjikan penampilan HR-V yang jauh lebih sporti dan bakal dilancarkan pada 4 April ini.
Teaser tunggal ini memaparkan reka bentuk lampu belakang LED yang menyamai lakaran konsep HR-V yang jauh lebih agresif dan dramatik jika dibandingkan dengan model HR-V yang ada di pasaran.
Seperti biasa, tiada perincian berhubung trenkuasa yang bakal ditawarkan.
Untuk pasaran Eropah yang kini mempunyai regulasi emisi yang semakin ketat, adalah tidak wajar bagi Honda untuk terus memperkenalkan model enjin pembakaran dalaman konvensional.
Sebaliknya, mereka memperlihatkan prototaip crossover elektrik yang digelar sebagai e:Ny1.
Model pesaing kepada Kona Electric ini dipercayai menggunakan platform Honda e yang telah dipanjangkan, dan bakal memasuki pasaran Eropah menjelang tahun 2023.
Terdapat ura-ura e:Ny1 ini berkongsi spesifikasi yang sama dengan model konsep e:NS1 dan e:NP1 yang didedahkan di China sebelum ini, menampilkan pek bateri 68.8 kWh dan jarak pemanduan sejauh 500 km.