Honda dedah dua projek Navi kustom - MNNTHBX & Steady Garage

oleh Mohamad Hanif|
Honda Navi merupakan sebuah motosikal cilik bertransmisi CVT yang baharu sahaja dilancarkan untuk pasaran Amerika Syarikat, dan kini mereka tampil dengan dua projek kustom berasingan bagi memperlihatkan potensi yang ada pada 'pocket bike' ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Salah satu daripadanya adalah MNNTHBX yang dihasilkan oleh kerjasama beberapa pihak yang bertanggungjawab membawakan acara miniMOTO di Barber Motorsport Park, Alabama.
 

Navi


Mereka menyifatkan MNNTHBX sebagai salah satu jentera yang sesuai untuk kegunaan pit, dan disebabkan itu ia hadir dengan rekaan yang sporti, diikuti dengan layangan liveri berwarna merah, putih dan biru.

Tidak cukup dengan itu, MNNTHBX turut dilengkapi dengan penyerap hentak Ohlins di bahagian belakang, cagak aluminium billet, bar hendal posisi rendah Renthal, serta sistem ekzos Yoshimura daripada gentian karbon.
 

Navi


Menariknya, pihak pembangun memuatkan dua buah pembesar suara Kicker bersaiz 6.5 inci yang duduk diantara kaki penunggang, lengkap dengan komponen amplifier dan kawalan yang diintegrasikan pada tempat duduk.

Sebuah lagi model yang dipamerkan adalah hasil kerja tangan Steady Garage yang berasal dari California.
 

Navi


Menurut Kevin Dunn, pemilik bersama Steady Garage, untuk model Navi ini mereka banyak mengambil inspirasi daripada model Ruckus dan Grom, dan konsep yang dibawakan digelar sebagai Grom jalanan dengan stance yang rendah dan rim depan yang lebar.

Antara modifikasi lain yang dibuat termasuklah sistem ekzos kustom Vance & Hines, penyerap hentak Gears Racing, cat kustom dan diakhiri dengan 'pelana' yang diperbuat daripada gentian karbon.
 

Navi


Berita baik buat para peminat motosikal Navi, beberapa komponen sebenar yang digunakan pada projek Navi kustom ini boleh didapati secara rasmi, diikuti dengan sistem ekzos kustom Vance & Hinces, serta komponen aftermarket oleh Honda Signature Accessories.

Berita Berkenaan

Berita Global
  Navi digerakkan enjin 109.2cc, silinder tunggal, dua injap dengan overhead-camshaft empat…