Honda debut 3 model moped ikoniknya, dijelmakan sebagai EV

oleh Danial Yasin Suhaimi|

Pasaran China sememangnya salah satu negara yang popular dengan penggunaan e-mobiliti kecil seperti basikal dan motosikal elektrik.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Syarikat dari negara itu telah menghasilkan pelbagai jenis basikal dan motosikal elektrik yang telah mendapat sambutan untuk penduduk tempatan sebagai pengangkutan murah dan mudah digunakan di bandar padat.

Baru-baru ini, Honda telah melancarkan 3 moped ikoniknya yang dijelmakan sebagai EV khusus untuk pasaran China iaitu Cub e, Dax e dan Zoomer e.

 

2

 

Honda Cub sememangnya salah satu motosikal yang cukup terkenal di Malaysia, pastinya dikalangan penulis ada yang pernah memiliki model-model seperti C50, C70 dan C90.

Nampaknya model ikonik tersebut turut tidak terlepas dari mengikut arus perubahan e-mobiliti apabila Honda telah melancarkan Cub e.

 

3

 

Honda Cub e dikuasakan bateri litium yang memberikan jarak gerak sehingga 64 km, agak rendah jika ditanya pada penulis, namun tidak mustahil angka itu akan meningkat pada masa akan datang.

Model kedua yang dijelmakan semula sebagai EV ialah Honda Dax e, versi asli petrol Honda Dax merupakan motosikal terkenal era 70 an, ia turut dikuasakan bateri litium dengan jarak gerak 80 km.

 

4

 

Model ketiga pula iaitu Honda Zoomer e, ianya memiliki jarak gerak paling tinggi antara 3 model tersebut iaitu sehingga 90 km.

Zoomer e masih didatangkan dengan reka bentuk sama seperti versi petrol dengan ciri menarik seperti fungsi kunci yang boleh dibuka menggunakan Bluetooth dari telefon pintar.

 

5

 

Untuk pasaran China, harga bagi ketiga model tersebut bermula dari CNY5,999 (RM3,757) untuk model Cub e dan Dax e manakala Zoomer e sedikit mahal bermula dari CNY6,099 (RM3,821).

Buat masa ini ketiga-tiga model tersebut hanya dilancarkan untuk pasaran China, namun agak menarik jika ianya dibawa masuk dengan naik taraf bateri dan jarak gerak lebih tinggi untuk pasaran Malaysia.

 

Sumber: japanesenostalgiccar

Berita Berkenaan

Berita Global
Kemenangan pada tahun ini merupakan tahun kelima berturut-turut produk Honda memenangi anugerah Red…
Berita Global
  Ye Series juga menjadi jawapan kepada yang bertanya di mana EV Honda. Masih awal, belum…
Berita Global
  Nampaknya trend penurunan harga kenderaan elektrik (EV) bukan lagi terpencil. Semasa…