Honda dan UN jalin kerjasama untuk tingkatkan keselamatan jalan raya global

oleh Danial Yasin Suhaimi|
UN Road Safety Fund (UNRSF) baru-baru ini telah mengumumkan Honda sebagai pengeluar kenderaan pertama yang menyertai kerjasama global dan badan pentadbiran tersebut sebagai misi untuk mengurangkan kematian dan kecederaan akibat kemalangan jalan raya.

Komitmen Honda kini menjadi sumbangan terbesar kepada usaha keselamatan jalan raya UN yang mencerminkan dedikasi syarikat itu dalam menangani krisis keselamatan jalan raya global.

Pengurus Besar/Ketua Jurutera Eksekutif Bahagian Perancangan Keselamatan Honda Motor Co., Ltd, Hideaki Takaishi berkata, "Di Honda, keselamatan adalah teras kepada misi kami. Dengan menyokong UN Road Safety Fund, kami mengukuhkan dedikasi kami untuk mewujudkan pengalaman jalan raya yang lebih selamat bersama pemegang taruh utama termasuk pengguna jalan raya, pengendali, dan penggubal undang-undang, sambil memajukan matlamat global untuk mengurangkan separuh kematian akibat kemalangan jalan raya menjelang 2030."

 

2

 

Kerjasama itu memberi tumpuan kepada mengurangkan separuh jumlah kematian dan kecederaan akibat kemalangan jalan raya, terutamanya di negara-negara berpendapatan rendah dan sederhana, di mana lebih 92% kemalangan maut berlaku setiap tahun.

Sejak tahun 2018, UNRSF telah menggerakkan sumber daripada penderma sektor swasta, awam, dan individu untuk membiayai projek keselamatan jalan raya yang berimpak tinggi, boleh dikembangkan, dan mampan di seluruh dunia.

Inisiatif itu menyokong perancangan bandar yang lebih baik untuk kawasan sekolah, pengangkutan bukan bermotor yang rendah pelepasan, pengurusan kelajuan, dan pembangunan standard kenderaan terpakai yang lebih bersih dan selamat.

 

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
Koleksi baharu ini dilihat lebih menarik perhatian peminat kereta Honda, berbanding siri terdahulu…
Berita Global
Selepas membatalkan beberapa projek kenderaan elektrik (EV) termasuk model 0 SUV, 0 Sedan serta…
Berita Global
Menurut laporan yang disiarkan oleh Reuters, pengeluar automotif kedua terbesar Jepun itu…